SKIM PINJAMAN KENDERAAN KERAJAAN : SKIM KHAS TERBARU UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Spread the love

Ramai yang tidak sedar bahawa kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan untuk kemudahan kakitangan kerajaan atau penjawat awam bagi membeli kenderaan persendirian. Pinjaman ini dibuka mengikut kelayakan dan kemampuan kakitangan kerajaan yang memerlukan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dengan lancar.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan skim ini :

Penjawat Awam Yang Layak Memohon

  1. Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap atau kontrak.
  2. Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

Syarat Asas Kelayakan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan

  • Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • Mempunyai lesen memandu yang sah

Had Kelayakan Pinjaman

Pembelian kereta adalah mengikut jawatan dan had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut;

Jawatan Had Pinjaman (RM)
Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara 70,000
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis 65,000
Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah 55,000
  • Pembelian motosikal RM 10,000
  • Pembelian Motobot RM 4,000
  • Pembelian enjin motobot RM 3,500
  • Pembelian bot RM 700
  • Pembelian basikal RM 500

Syarat-Syarat Pinjaman

Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.

Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.

Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

Syarat-syarat asas bagi melayakkan seseorang pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah :

  • membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • mempunyai lesen memandu yang sah

Pinjaman kenderaan kali kedua dan seterusnya kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat lanjut serta mendapatkan Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam.

Anda juga boleh merujuk pekeliling dengan menekan link : Pekeliling WP 9.2

Baca juga : ebantuan JKM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *