e-janji temu hasil

E-JANJI TEMU HASIL:CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT/BPR)

Spread the love

E-JANJI TEMU HASIL:CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT/BPR)

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, segala urusan di kaunter LHDN adalah secara janji temu. Pengoperasian ini untuk fasa 1 dan fasa 2 pelan pemulihan negara mulai 1 julai 2021

Bagaimana cara ingin membuat temujanji online urusan LHDN? Disini kami kongsikan cara ingin membuat e-janji temu hasil berjadual dengan pihak LHDN.

Baca juga : Cerita Rumah Lejen

WAKTU OPERASI E-JANJI TEMU HASIL

Waktu operasi perkhidmatan kaunter setempat cawangan / pejabat satelit lembaga hasil dalam negeri malaysia tahun 2021 adalah seperti berikut

NEGERI HARI WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SETEMPAT
Cawangan LHDNM (kecuali KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR) Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 

*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Cawangan LHDNM Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Ahad – Rabu 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 

*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Khamis 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 

*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Pusat Bayaran Kuala Lumpur 

Aras Tanah, Blok 8A,
Kompleks Bangunan Kerajaan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50600 Kuala Lumpur

Isnin – Jumaat BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Kaunter Bayaran Cawangan Kota Kinabalu 

Tingkat Bawah Menara Hasil, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu, Sabah

Isnin – Jumaat BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Kaunter Bayaran Cawangan Kuching 

Aras 1, Menara Hasil,
No. 1, Jalan Padungan,
93100 Kuching, Sarawak

Isnin – Jumaat BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Makluman : Waktu perkhidmatan diatas adalah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

 

CARA BUAT/TEMPAH/BOOK SLOT e-JANJI TEMU HASIL

Berikut adalah cara membuat temujanji melalaui e-Temu Janji Hasil:

  1. Layari pautan e-Temu Janji Hasil: https://janjitemu.hasil.gov.my/
  2. Terdapat 3 urusan pilihan temujanji.
  3. Sekiranya pilih urusan Cukai:
  4. Klik pada cukai
  5. Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
  6. Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
  7. Pilih Slot Masa Temujanji
  8. Isikan Email anda yang aktif
  9. Tick Janji Temu untuk: sama ada sendiri/wakil
  10. Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
  11. Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
  12. Sekiranya Pilih Urusan Duti Setem & CKHT
  13. Klik Pada Duti Setem & CKHT
  14. Pilih urusan Janji Temu: Duti Setem/CKHT
  15. Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
  16. Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
  17. Pilih Slot Masa Temujanji
  18. Isikan Email anda yang aktif
  19. Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
  20. Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
  21. Sekiranya pilih urusan Bantuan Prihatin Rakyat
  22. Klik Pada Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)
  23. Pilih Janji Temu untuk: Diri Sendiri/Wakil
  24. Isikan No Kad Pengenalan dan Nama Penuh
  25. Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
  26. Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
  27. Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji

NOTA: Emel diperlukan untuk penghantaran makluman janji temu. Ini boleh digunakan sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kaunter LHDNM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebaran maklumat lanjut mengenai e-janji temu hasil , anda boleh layari web rasmi LHDN di pautan www.hasil.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *