i-CITRA BULAN SEPTEMBER 2021

i-CITRA BULAN SEPTEMBER 2021 : Check Tarikh Pembayaran Masuk Bank

Spread the love

Anda tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-CITRA BULAN SEPTEMBER 2021 ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing apabila permohonan anda sudah diluluskan, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan September mula dibayar pada 1 September 2021. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan pembayaran i-CITRA BULAN SEPTEMBER 2021:

Berapa hari proses pengkreditan duit i-Citra ke bank ahli?

Menurut sumber, KWSP mengatakan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. Sementara itu, bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 1 September  2021. Sama juga seperti i-Sinar, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Bagaimana pula dengan bayaran secara Arahan Bayaran i-Citra KWSP?

Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Bagaimana cara untuk semak status i-Citra KWSP?

Anda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi talian 03-8922-4848 jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran i-Citra bulan September

Berikut adalah cara-cara semak status i-Citra KWSP:

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud LULUS.

Bagaimanakah Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan-bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)?

Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon i-CITRA BULAN SEPTEMBER 2021 juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Sekiranya anda memerlukan bantuan segera dan kecemasan untuk menghadapi musim pandemik ini, sebagai tambahan, kerajaan ada menyediakan juga permohonan bantuan secara online oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai ebantuan JKM pada link di bawah :
ebantuan JKM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *