ebantuan jkm

eBantuan JKM : Cara Memohon Dengan Mudah serta Semakan Status

Spread the love

Berikutan kesukaran yang dilalui semasa musim pandemik,  kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan yang dikenali sebagai eBantuan JKM. Program ini merupakan satu bentuk bantuan yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Program bantuan seperti ini diwujudkan sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Lihat perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang eBantuan JKM :

Cara Daftar Permohonan ebantuan JKM Dalam SPBK

Berikut merupakan cara mendaftar permohonan eBantuan JKM ini :

  1. Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Daftar Permohonan Atas Talian)
  2. Klik pada butang “Daftar Permohonan”
  3. Masukkan negeri yang anda menetap dan Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Klik pada butang “Daftar”
  5. Kemudian permohonan anda akan didaftarkan

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Perlu Dibawa Ke Pejabat JKM

  1. Sila bawa dokumen seperti berikut semasa hadir ke pejabat :
  2. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  5. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  6. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  7. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Jenis-Jenis Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon

Berikut merupakan jenis bantuan dan senarai golongan yang akan diberikan bantuan oleh eBantuan JKM. Kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut :

✅Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

✅Elaun Pekerja Cacat (EPC)

✅Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

✅Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

✅Bantuan Orang Tua (BOT)

✅Bantuan Am Persekutuan (BA)

✅Bantuan Anak Pelihara (BAP)

✅Bantuan Latihan Perantis (BLP)

✅Bantuan Geran Pelancaran (GP)

✅Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

✅Tabung Bantuan Segera (TBS)

Cara Semak Status Permohonan
Untuk anda yang telah membuat mendaftar permohonan dan ingin menyemak status permohonan, anda bolehlah mengikuti cara semakan seperti di bawah :

  • Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Semakan Status Permohonan Bantuan)
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Klik pada butang “Semak”
  • Status bantuan akan dipaparkan samada telah dipohon atau sedang diterima sahaja.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan baik terutama dalam musim pandemik Covid-19 yang dihadapi sekarang. Melalui perkongsian di atas semoga anda boleh menjadikan rujukan dan sedikit sebanyak memberi bantuan kepada anda untuk membuat permohonan eBantuan JKM ini.

Maklumat Lanjut
Kunjungi laman web berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini hanya merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “eBantuan JKM – Cara Daftar Online” ini sahaja. rumahlejen.com tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Baca banyak lagi di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *