Semakan Daftar Pemilih

Semakan Daftar Pemilih : Cara Semak Pendaftaran Pengundi Yang Layak Untuk Mengundi Dalam PRU & PRK

Spread the love

Adakah anda sudah tak sabar-sabar untuk mengundi parti dan calon kegemaran anda di dalam pilihan raya akan datang tetapi masih belum melakukan semakan daftar pemilih? Adakah anda pengundi baru yang kali pertama akan mengundi pada pilihan raya kali ini? Dah tahu kah bahawa anda layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini?

Jika anda sudah melakukan permohonan untuk menjadi pengundi dalam PRU akan datang mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK) yang mungkin dilaksanakan di kawasan anda, anda perlu melakukan semakan daftar pemilih untuk mengetahui kelayakan anda untuk mengundi serta DUN & Parlimen yang anda diletakkan untuk mengundi.

Baca juga artikel berkenaan : Cara Hamil Cepat

Semakan Daftar Pemilih Melalui Online Atau SMS

Untuk tujuan semakan secara Online bagi mengetahui sama ada nama anda sudah lulus sebagai pengundi pada pilihanraya akan datang, anda boleh layari laman web : https://pengundi.spr.gov.my/

Di dalam laman web ini anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta masukkan aksara captcha bagi tujuan keselamatan seperti yang dipaparkan dalam laman itu nanti. Nombor kad pengenalan yang dimasukkan tidak perlu untuk diletakkan tanda sengkang ‘-‘ ataupun jarak. Contohnya begini : 850405034322 (cara betul). Jangan masukkan seperti ini 850405-03-4322 (cara salah).

Selepas itu anda hanya perlu menekan butang ‘SEMAK’. Jika nama anda sudah lulus diterima sebagai pengundi pada pilihanraya akan datang, laman web akan memaparkan maklumat peribadi anda yang meliputi nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina. Serta akan dipaparkan juga DUN & Parlimen yang anda harus mengundi. Tahniah untuk anda yang lulus menjadi pengundi pada pilihan raya akan datang. Semoga kuasa sebagai rakyat yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Cara Daftar Pemilih

Namun begitu, kami di sini juga ingin berkongsikan beberapa maklumat berkenaan cara daftar pemilih bagi mereka yang baru pertama kali mengundi dan belum mendaftar. Anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah :

Terdapat 3 Langkah Mudah untuk mendaftar dengan MySPR Daftar (layari laman web ini : https://mysprdaftar.spr.gov.my/ )

1. Permohonan Akaun Pengguna
– Isi maklumat pemohon
– Muat naik gambar MyKad & swafoto dengan MyKad
– Hantar

2. Pengaktifan Akaun Pengguna
– Terima email pengaktifan
– Aktifkan akaun dengan TAC
– Log masuk MySPR Daftar

3. Isi Borang A (Pendaftaran Pemilih)
– Isi maklumat pemohon
– Isi maklumat saksi
– Hantar dengan TAC

Semudah 3 langkah ini sahaja dan nantikan kelulusan anda sebagai pemilih. Gunakan hak demokrasi ini sebaik mungkin untuk memilih pemimpin negara yang dapat membawa negara dan rakyat ke arah yang lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *