Cara Hamil Cepat

Cara Hamil Cepat : Petua & Tips Berguna

Spread the love

Bagi pasangan yang mencari-cari cara hamil cepat, lihat petua dan tips yang kami kongsikan di sini untuk panduan anda serta pasangan. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki anak secepat yang boleh. Ada juga pasangan yang telah lama berkahwin berusaha untuk mempercepatkan usaha mendapatkan anak ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya. Semuanya bergantung kepada perancangan keluarga masing-masing. Anak-anak adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah swt. Namun, dalam masa yang sama kita dituntut untuk berusaha mendapatkannya dengan cara yang betul ditambah petua dan tips berguna oleh pakar kesihatan dan mereka yang berpengalaman.

Baca juga artikel berkenaan : Cara mendapatkan bantuan JKM

Berikut kami paparkan beberapa petua dan tips berguna untuk anda dan pasangan yang mencari-cari cara hamil cepat

1. Kira Kitaran Haid

Pengiraan kitaran haid untuk hamil dengan cepat adalah amat penting. Wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur amat membantu untuk menjangka waktu kesuburan dengan lebih tepat. Kitaran haid wanita boleh berubah daripada 28 hingga 35 hari. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk mengira tempoh kitaran haid anda? Jawapannya ialah anda perlu membuat kiraan yang bermula dari hari pertama datang haid sehingga hari sebelum haid seterusnya berlaku. Melalui kiraan ini, anda dapat membuat jangkaan waktu subur wanita untuk pasangan melakukan perancangan hubungan kelamin.

2. Buat Anggaran Waktu Subur

Pengiraan kitaran haid seperti dinyatakan di atas adalah penting untuk anda membuat anggaran waktu subur. Jika kitaran haid yang dialami adalah selama 28 hari, maka waktu ovulasi akan berlaku pada hari yang ke-14, iaitu ketika separuh dari tempoh kitaran haid. Ovulasi ialah suatu proses di mana ovum wanita keluarkan daripada ovari. Pada waktu ini, jika sperma bertemu dengan ovum, terdapat kebarangkalian yang lebih tinggi untuk anda mendapat zuriat.

Wanita yang memiliki kitaran haid yang normal iaitu sekitar dari 28 hingga 30 hari kebiasaannya mengalami waktu subur pada hari ke-11 hingga hari ke -21 yang dikira dari hari pertama setelah haid. Jenis jantina anak juga cenderung bergantung dengan kitaran haid anda. Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa mencatat kitaran ini sebagai rujukan untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi melakukan hubungan intim. Banyak aplikasi telefon pintar yang boleh didapati untuk membuat catatan kitaran haid dan anggaran waktu subur ini.

3. Penentuan Kaedah Cecair Faraj

Cecair yang keluar dari faraj amat penting untuk dikenali jenisnya supaya anda dapat mengenalpasti bilakah waktunya telur anda akan diovulasikan. Cara untuk mendapatkan cecair faraj ini adalah dengan menggunakan tisu kering dan merasai kepekatannya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Terdapat empat jenis cecair untuk menentukan kesuburan. Yang pertama bersifat kering. Yang kedua, bersifat sedikit lembap dan berwarna keruh. Diikuti cairan jenis ketiga yang agak pekat dan putih. Dan yang terakhir sekali, jernih dan melekit seperti putih telur. Cecair jenis pertama adalah sangat kurang subur dan cecair yang keempat menunjukkan waktu ketika anda sangat subur.

4. Menjaga Kualiti Sperma Lelaki

Kualiti sperma lelaki amat membantu untuk hamil dengan cepat. Bagi menjaga kualiti sperma lelaki, pasangan lelaki anda haruslah menjaga beberapa perkara kesihatan yang meliputi seperti menjaga BMI badan supaya berada pada paras normal, tidak menghisap rokok mahupun mengambil alkohol dan menjaga pemakanan dengan mengambil nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin D, zat besi dan kalsium. Pasangan lelaki juga dinasihatkan untuk berendam di dalam air panas yang dapat membunuh sperma.

Untuk mengawal pemakanan yang sihat, anda boleh rujuk MyNutrisi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.

5. Elakkan Stresss

Jika anda merancang untuk hamil dengan cepat, anda dan pasangan harus mengelakkan daripada mengalami tekanan yang banyak. Keadaan yang tertekan atau stress dapat menganggu proses ovulasi. Proses ovulasi yang terganggu menyebabkan perancangan kehamilan anda menjadi kurang efektif. Kawal tekanan yang dihadapi dengan pelbagai aktiviti sihat seperti bersenam, beriadah, meditasi dan melakukan pelbagai hobi untuk menguatkan mental anda agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, ceria, positif dan bersemangat tinggi.

Demikianlah antara petua dan tips yang dapat kami kongsikan dalam artikel kali ini. Yang pasti, setelah berikhtiar, jangan lupa doa pada Yang Maha Esa kerana Dia lah yang menentukan segalanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *