Pendaftaran Dos Penggalak

Pendaftaran Dos Penggalak

Spread the love

Pendaftaran Dos Penggalak

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) pada 16 November lalu mengumumkan bahawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju untuk melaksanakan dasar pendaftaran datang terus bagi pemberian dos penggalak.

Sementara itu, ProtectHealth memaklumkan bahawa pendaftaran untuk senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawahnya adalah percuma dan ia hanya melibatkan vaksin Corminaty (Pfizer) bagi PPV yang disenaraikan.

Mengenai langkah perlu diambil untuk pendaftaran tersebut, ProtectHealth berkata, individu yang layak disarankan untuk mendaftar nama sebagai senarai menunggu hanya di satu PPV fasiliti kesihatan swasta bagi mengelakkan kekeliruan.

Katanya, individu yang telah mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau ‘no show’ oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin menerusi MySejahtera.

Khairy pada Khamis lalu, dilaporkan berkata, sebanyak 40 peratus golongan sasaran diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaksin COVID-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.

Situasi berkenaan jelas menimbulkan kebimbangan kerana jumlah kehadiran penerima untuk dos pertama dan kedua vaksin, sebelum ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih tinggi iaitu 95 peratus.

Sekiranya ada pembatalan janji temu atau gagal hadir oleh mereka yang menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera, CITF-B berkata, pendekatan pendaftaran senarai menunggu untuk datang terus akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optimum.

“Selain pendaftaran secara ‘walk in’ ke PPV kemudahan kesihatan swasta, pendaftaran boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk- in’, telefon dan email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.

“Sehingga kini, lebih sejuta dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak.

“Ini bagi memastikan tempoh perlindungan yang optimum dapat dicapai. Dapatkan janji temu vaksin anda dengan segera,” katanya.

Sumber dipetik dari : Berita Harian, Sinar Harian dan Astro Awani

Syarat-syarat Kelayakan Dos Penggalak

Diberi kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Namun, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada :

  • Petugas barisan hadapan
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas
  • Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
  • Keperluan ke Luar Negara
  • Ibu mengandung
Pendaftaran Booster

Lokasi Pemberian Dos Penggalak

  • Fasiliti perubatan swasta
  • Klinik kesihatan
  • Hospital kerajaan
  • Pusat aktiviti jangkau luar (outreach)
  • Senarai fasiliti kesihatan awam & swasta yang terlibat boleh disemak melalui : covid.moh.gov.my & protecthealth.com.my

Vaksin Dos Penggalak

Cara Mendaftar Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Secara Online

Anda boleh melakukan pendaftaran untuk berada di dalam senarai menunggu melalui dua cara seperti di bawah :

1. MySejahtera
– bagi kumpulan tertentu sahaja
– Buka apps Mysejahtera, pergi ke Helpdesk dan pilih Option A

2. PPV (rujuk gambar di bawah untuk langkah terperinci)
– Melalui laman web Protect Health
– Melalui laman web Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara Daftar Dos Penggalak



Sumber Maklumat Rasmi : Kementerian Kesihatan Malaysia Covid-19

Dapatkan Kupon Burger King di sini untuk menikmati tawaran istimewa dengan harga diskaun di Cawangan Burger King : Kupon Burger King

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman kerajaan seperti ini, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *