Keputusan PRN Sarawak 2021

Keputusan PRN Sarawak 2021 : Keputusan Rasmi Terkini PRN Sarawak ke-12

Spread the love

Keputusan PRN Sarawak 2021

Negara menyaksikan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2021 yang merupakan pilihan raya negeri ke-12 pada 18 Disember 2021. Ia adalah selaras dengan pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 18 Disember 2021 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Manakala, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember dan hari pengundian awal pada 14 Disember. Bagi tempoh berkempen pula, tempoh berkempen kali ini ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember, iaitu hari Isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.

Perkara ini telah disampaikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media yang telah diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.

Baca juga artikel berkenaan : Senarai Calon GPS PRN Sarawak

Pada 3 November lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan.

Susulan penamatan darurat itu, DUN Sarawak turut terbubar pada 3 November dan ia memberi laluan kepada PRN-12 Sarawak yang mempunyai 82 kerusi DUN.

Seramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu. Individu yang layak mengundi ini terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.

Dalam masa yang sama, sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” kata Datuk Abdul Ghani Salleh.

Keputusan Rasmi Terkini PRN Sarawak 2021 ke-12

Pengumuman serta keputusan rasmi dan penuh bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021 ke-12 dijangka akan diumumkan sebelum jam 11 malam pada hari Sabtu 18 Disember 2021. Jangkaan masa keputusan penuh sebelum 11 malam itu masih tertakluk kepada situasi semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam usaha membawa pulang peti undi dari pusat pengundian ke pusat pengiraan undi.

Pihak kami akan mengemaskini maklumat ini dari masa ke semasa secara langsung apabila keputusan disiarkan pada tarikh tersebut. Untuk mendapatkan maklumat awal berkenaan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021 ke-12 ini, sila join channel telegram kami di sini : https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *