UUM Online Learning

UUM Online Learning PACE-Webex Student Portal

Spread the love

UUM Online Learning

Pembelajaran di abad ke-21 memerlukan peralihan cara belajar dan pengajaran dari secara bersemuka ke ruang digital. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi yang amat pantas berlaku sehingga memerlukan institusi pendidikan seperti UUM juga beradaptasi dengan keperluan seperti ini.

Bagi mendepani cabaran zaman, Universiti Utara Malaysia (UUM), bertindak untuk menyediakan portal bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran yang mana boleh diakses oleh pelajar-pelajar yang sedang aktif mengikuti pengajian di UUM dan juga oleh para pensyarah untuk menyediakan bahan pengajaran dan melakukan pengajaran secara interaktif di atas talian.

Namun, untuk para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini, sudah tahukah anda mengenai fungsi-fungsi dan cara login ke portal ini? Terutama anda para pelajar yang baru memasuki pengajian, wajib ambil tahu tentang hal ini kerana sepanjang pengajian, laman web ini yang anda perlu sentiasa peka dan akses bagi mengetahui setiap perkembangan pembelajaran.

Untuk itu, kami tolong anda melalui perkongsian di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan manual penggunaan portal dan cara mendaftar bagi pengguna kali pertama masuk di laman web ini.

Makluman : Cara Daftar Terus melalui UUM Online Learning akan kami kemaskinikan dari masa ke semasa. Maklumat di bawah berkenaan cara masuk ke UUM Online Learning melalui UUM Portal.

Login UUM Online Learning : Cara Daftar Secara Online

Kepada pengguna kali pertama, sila ikuti langkah-langkah mudah yang telah kami ringkaskan seperti di bawah untuk log masuk :

User Manual : http://it.uum.edu.my/images/documents/uumstudentportal_usermanual.pdf

1. Layari UUM Portal
2. Masukkan ID serta kata laluan anda iaitu No. Kad Pengenalan masing-masing pada ruangan atas halaman utama portal. Pihak UUMIT akan memberikan id pengguna pelajar yang baharu mendaftar.
3. Klik “Login”
4. Pelajar dikehendaki menukar kata laluan pada log masuk kali pertama serta menjawab beberapa soalan berkaitan keselamatan akaun anda.
5. Selesai menjawab soalan tersebut, sila klik “Save Answers” dan kemudian klik “Next” pada mesej yang terpapar.
6. Masukkan kata laluan yang baharu dan klik “Next”
7. Satu e-mel notifikasi akan diterima pelajar pada e-mel masing-masing.
8. Log masuk semula pada halaman utama dan gunakan kata laluan yang baharu.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, sila berhubung dengan UUMIT pada e-mel:  itservices@uum.edu.my

Apabila anda telah berjaya mendaftar, terokalah fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya untuk digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran anda. Ini antara 5 kategori utama fungsi-fungsi UUM Portal :

1. Student (Hal Ehwal Pelajar)
– U-Assist
– Student Affairs
– Academic Affairs
– Centre for International Affairs and Cooperation
– Centre for University-Industry Collaboration

2. Staff (Kakitangan Universiti)
– Chancellery
– Registra
– Bursary
– Research

3. Academic (Hal Ehwal Pengajian dan Kursus)
– Colleges
– Graduate Schools
– Schools

4. Knowledge (Arkib Perpustakaan dan Terbitan UUM)
– Library
– UUM Journal
– UUM Press

5. Info (Informasi lain yang berkaitan)
– UUM Website
– Campus Map
– Service Desk
– IT Helpdesk
– Staff Directory

Itulah antara perkara yang anda perlu tahu sebagai pelajar UUM. Pastikan gunakan kemudahan teknologi ini sebaik mungkin ye untuk membantu anda di dalam pembelajaran sepanjang pengajian di sana.

Baca juga artikel berkenaan : Cara Masuk UUM Portal

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting seperti ini, sila join channel telegram kami di sini : https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *