Cara Dapat Diskaun Saman Trafik 2021

Cara Dapat Diskaun Saman Trafik 2021 : Diskaun Saman 80%

Spread the love

Cara Dapat Diskaun Saman Trafik 2021

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan PENGURANGAN BAYARAN SAMAN (Diskaun Saman) sehingga 80%.

Perkara ini sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia setiap kali hujung tahun. Maklumlah, dalam setahun kita memandu atas jalan ni, mesti ada waktu yang kita tak sengaja melakukan kesalahan trafik kan?

Kadang-kadang kena hadap roadblock JPJ, diperiksa kereta kita ada je yang tak kena kan. Mendapatlah kita hari tu. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk membayar saman yang dah terkumpul tu kali ni. Dapat diskaun sehingga 80% tau.

Ikuti maklumat lanjut yang kami kongsikan di bawah :

Cara Dapat Diskaun Saman PDRM

Bermula pada 9 Disember sehingga 12 Disember ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan diskaun untuk saman sehingga 80% bersempena sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’.

Untuk tempoh 4 hari ini, orang ramai boleh hadir ke kaunter pengurangan bayaran saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada 9 Disember 2021.

Bagi pihak PDRM, mereka  memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Diskaun sehingga 70% diberikan bagi saman selain dari dua-dua lokasi yang yang telah dimaklumkan.

Penawaran pengurangan bayaran saman PDRM hanya sah di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan lokasi acara sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’ berlangsung nanti.

Untuk tawaran diskaun dari pihak PDRM ini, semua saman layak mendapat pengurangan KECUALI:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  4. Saman Berkait Kenderaan Lori
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

Cara Dapat Diskaun Saman JPJ

Yang kedua, dari pihak JPJ pula, mereka akan memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman yang boleh kompaun sahaja, kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Promosi atau diskaun bayaran saman ini boleh dibuat melalui kaunter, kiosk dan portal JPJ.

Anda boleh mengunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kategori : Cara Dapat Diskaun Saman Trafik 2021

Baca juga artikel berkenaan Pendaftaran Dos Penggalak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *