Skim Mikro Kredit Tekun

Skim Mikro Kredit Tekun

Spread the love

Skim Mikro Kredit Tekun

Berita baik bagi pemilik syarikat PKS yang terjejas oleh wabak Coronavirus COVID-19. Anda kini boleh cuba buat permohonan pinjaman TEKUN yang berjumlah sehingga RM10,000. Faedah cuma 0% sahaja. Permohonan pinjaman berbentuk mikro kredit ini dilaksanakan melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM).

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional ( CBRM ) ialah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Kelayakan Skim Mikro Kredit Tekun

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT ( Lesen Penjaja )
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional ( untuk usahawan sedia ada)

Jenis Sektor Yang Layak Memohon

Terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah

Jumlah Pembiayaan

RM1000 hingga RM10,000

Tempoh Pembiayaan

Sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan

Kadar Keuntungan

0% ( Tiada Caj )

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik /air /telefon )

Tempoh Kelulusan Permohonan

10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Cara Memohon

Hubungi Pegawai TEKUN yang terdekat untuk maklumat lanjut dengan menyemak di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/

atau hubungi pegawai di bawah untuk maklumat lanjut :

Mohd Yusri Mohd Yusob ( 012-551 6275 ) atau
Mohd Yusliezal Mohd Yusof ( 019-609 6251 )

Borang Permohonan boleh diperolehi di sini : https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang/

Sekali lagi kami ringkaskan kandungan Skim ini di sini :

Skim Mikro Kredit Tekun ini terbuka kepada semua sektor perniagaan patuh syariah dengan skim pembiayaan serendah RM 1,000 hingga RM 10,000. Tempoh pembiayaan maksima pula adalah 3 tahun, manakala tempoh penangguhan pula adalah selama 6 bulan. Tiada kadar keuntungan yang dikenakan kepada pembiayaan Skim CBRM.

Semoga dengan adanya bantuan skim seperti ini oleh pihak kerajaan dapat membantu para usahawan di luar sana menaikkan semula perniagaan yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Baca juga artikel berkenaan : Skim Semarak Niaga Sebagai Bantuan Untuk Usahawan


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *