www.jalanow.com.malaysia

www.jalanow.com.malaysia : Semak Keadaan Trafik Jalan Raya Live

Spread the love

www.jalanow.com.malaysia

Setiap kali musim cuti sekolah mahupun musim cuti perayaan, jalan-jalan raya di seluruh Malaysia pasti akan mengalami kesesakan yang agak teruk. Hal ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memanfaatkan cuti yang mereka dapat itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti percutian bersama keluarga samada dengan menziarahi orang tua di kampung, mahupun melancong ke destinasi-destinasi menarik di seluruh Malaysia.

Untuk mengelakkan daripada terperangkap dengan laluan trafik yang sesak seperti biasa dilalui pada musim cuti sekolah dan perayaan, rakyat Malaysia kini sudah boleh merancang perjalanan dengan melihat secara LIVE keadaan trafik di seluruh jalan-jalan raya utama di seluruh Malaysia. Fungsi ini sudah boleh didapati melalui online kerana keberadaan CCTV yang dipasang di seluruh negara memudahkan akses kepada pemantauan keadaan jalanraya dengan lebih jelas dan tepat.

Salah satu website yang membolehkan kita memantau keadaan trafik di jalan raya seluruh negara, ialah website www.jalanow.com. Melalui website ini, anda boleh melihat samada keadaan trafik dalam bentuk gambar statik bagi setiap jalan-jalan utama.

Beberapa pembahagian utama telah dikategorikan di dalam website ini seperti kategori jalan KL-Putrajaya, Highways, PNB & PNB 2 (di Penang) serta kategori Johor-Singapore. Sekiranya anda ingin pulang ke Pantai Timur, anda boleh terus menyemak gambar secara LIVE melalui website ini yang menunjukkan keadaan jalan di KL-Karak near Gombak Plaza Toll. Waktu gambar yang dikongsikan adalah waktu terkini yang sudah update.

Selain daripada cara ini www.jalanow.com.malaysia, anda juga boleh menyemak keadaan trafik jalan raya melalui beberapa lagi cara. Antaranya seperti :

Aplikasi Peta Seperti Waze & Google Maps

Melalui aplikasi ini, anda paling mudah dapat mengetahui keadaan semasa trafik di jalan raya yang akan dituju. Kedua-dua aplikasi ini akan menunjukkan keadaan jalan raya samada sesak atau tidak dengan melaporkan melalui warna merah (yang mewakili keadaan jalan sesak), kuning (sederhana sesak) dan hijau atau biru yang mewakili keadaan trafik lancar.

Anda boleh download kedua-dua aplikasi ini di Google Playstore atau iOS Apps Store.

Laporan Trafik Radio Atau Media Sosial

Caa seterusnya yang anda boleh gunakan untuk memantau keadaan trafik jalan raya pada musim cuti ialah dengan mendengar laporan trafik dari radio seperti laporan info trafik era, info trafik sinar mahupun info trafik di suria fm. Anda boleh menyemak lokasi frekuensi radio ini untuk tempat masing-masing melalui lamanweb radio pilihan anda.

Selain daripada radio, anda juga boleh follow media sosial yang memaparkan info berkaitan keadaan trafik semasa ini seperti di LLM Trafik di Twitter yang sentiasa memberi update terbaru keadaan jalan raya terkini. Anda juga boleh memantau keadaan trafik dengan cara terus akses ke laman web LLM berkenaan info trafik seperti di link ini : https://www.llm.gov.my/awam/traffic
LLM Trafik ini diuruskan sendiri oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda merancang perjalanan semasa cuti persekolahan mahupun musim cuti perayaan dengan lebih baik dan dapat mengelakkan daripada terperangkap dengan kesesakan lalulintas.

Jika anda ada masa, boleh baca juga artikel kami seterusya berkenaan : Cara Membeli Rumah Guna Duit KWSP.

Kategori : www.jalanow.com.malaysia

Untuk menjadi yang terawal mendapat info-info penting seperti ini mahupun info berkenaan program bantuan kerajaan yang terbaru, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *