Tukar Akaun Dewasa Tabung Haji

Tukar Akaun Dewasa Tabung Haji : 700 Ribu Pemegang Akaun Kanak-Kanak di Tabung Haji (TH) Disarankan Tukar Kepada Akaun Dewasa Untuk Mengelakkan Gangguan Perkhidmatan

Spread the love

Adakah anda merupakan seorang pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan dan masih tidak Tukar Akaun Dewasa Tabung Haji? Menurut sumber dari Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, “Hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Menurutnya juga, akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.”

Oleh yang demikian, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan di masa akan datang.

Dalam masa yang sama, TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Selain itu, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH. Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Tukar Akaun Dewasa Tabung Haji atau anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkara berkaitan perkhidmatan TH, anda boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Sumber berita : Kenyataan Akhbar Lembaga Tabung Haji

Baca juga artikel berkenaan : Tarikh Pembayaran i-Citra September 2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *