Tarikh Gaji 2022

Tarikh Gaji 2022

Spread the love

Tarikh Gaji 2022

Bagi anda yang bekerja di sektor kerajaan, anda pasti tertanya-tanya berkenaan tarikh pembayaran gaji yang akan dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada anda pada tahun hadapan untuk memudahkan perancangan kewangan anda.

Dengan mengetahui tarikh gaji, kita dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih baik. Ada yang sudah mula membuat kira-kira untuk membuat bajet bulanan dengan lebih terperinci tambahan kita sekarang masih dilanda dengan pandemik Covid-19. Lagi penting, nak dekat raya nanti, gaji masuk bila ya?

Penting untuk tahu tarikh gaji nak dekat raya supaya ye lah dapat kita buat persiapan raya tu macam mana. Nak tukar langsir ke, nak tukar perabot ke atau nak beli baju raya ke, semuanya bergantung pada bajet melalui gaji yang akan kita dapat nanti. Oleh itu, kami di sini akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tarikh gaji yang bakal anda dapat pada tahun 2022.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 untuk seluruh Penjawat Awan dan Kakitangan Kerajaan Awam telah diterbitkan menerusi portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Ianya digunapakai diseluruh negeri di Malaysia.

Berikut adalah tarikh gaji penjawat awam bulanan bagi tahun 2022:

BULAN (2022)TARIKHHARICATATAN
Januari25.1.2022Selasa
Februari 25.2.2022 JumaatTahun Baru Cina
1&2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac 25.3.2022 Jumaat
April 25.4.2022 Isnin
Mei 25.5.2022 RabuHari Raya Puasa
3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)

Hari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
Jun 24.6.2022 JumaatHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai 25.7.2022 IsninHari Raya Haji
10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos 25.8.2022 Khamis
September 23.9.2022 Jumaat
Oktober 18.10.2022 SelasaHari Deepavali
24 Oktober 2022 (Isnin)
November 25.11.2022 Jumaat
Disember 19.12.2022 IsninHari Krismas
25 Disember 2022 (Ahad)

Semakan Penyata Gaji

Sekiranya anda ingin menyemak penyata gaji yang telah diterima setiap bulan sebagai Penjawat Awam, anda boleh memuat turun aplikasi ePayslip JANM atau membuat semakan e-Penyata Gaji menerusi atas talian di SINI.

Tempoh Laporan Boleh Dijana:

Laporan penyata gaji hendaklah dimuat turun sebelum dilupuskan daripada sistem. Tempoh laporan masih boleh dijana iaitu:

  • Penyata Gaji Bulanan – 18 bulan terkini
  • Penyata Pendapatan Tahunan – 7 tahun terkini 

Info Lanjut:

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan gaji Penjawat Awam, boleh terus menghubungi pegawai dari Unit Pengurusan Prestasi (Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan) di talian 03 – 8882 1642 /1612/1622/1611.

Kategori : Tarikh Gaji 2022

Baca juga artikel berkenaan Semak Keadaan Trafik Jalan Raya Secara Live.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan program bantuan kerajaan seperti ini, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *