Skim Rezeki Ternak

Skim Rezeki Ternak Ruminan DVS : Cara Memohon & Syarat-Syarat Permohonan

Spread the love

Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan sebelum ini yang bertujuan membantu penternak akan diteruskan lagi bagi tahun 2022. Skim ini diperkenalkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan media menjelaskan skim tersebut kini ditambah baik dengan perluasan skop bantuan. Bantuan bukan sahaja diberikan kepada ternakan ruminan semata-mata tetapi merangkumi ternakan unggas seperti ayam kampung, itik dan puyuh.

“Peluasan skop Skim Rezeki Ternak ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Ogos 2020 dengan sasaran program ini melibatkan seramai 1,000 orang penternak.

“Skim ini lebih mesra penternak kerana ia merupakan bantuan geran penuh kerajaan,” katanya dalam kenyataan media tersebut hari ini.

Skop bantuan yang boleh diperolehi oleh pemohon adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, semak cara permohonan dan syarat-syarat seperti yang kami kongsikan di bawah :

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

Syarat-syarat Permohonan Program Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022

Pemohon hendaklah:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek

Cara Permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan 2022

Pemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster di atas.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia melalui talian 03-88702406/ 03-88702421

Laman web: http://www.dvs.gov.my/

Layari media sosial Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pertanyaan dan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.facebook.com/photo/?fbid=267949798690082&set=a.227230036095392

Baca juga : Permohonan Lesen Bazar Ramadhan DBKL
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *