Senarai Penuh Bantuan Kerajaan 2022

Senarai Penuh Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Dimohon

Spread the love

Senarai Penuh Bantuan Kerajaan 2022

Setiap tahun kerajaan pasti akan melancarkan pelbagai skim serta inisiatif bantuan kepada rakyat melalui bajet yang telah disediakan dalam belanjawan negara. Bantuan ini meliputi pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan rakyat secara keseluruhan dan dirangka secara tersusun agar dapat sampai kepada golongan sasar. Namun, setiap tahun juga kerajaan mengalami masalah peruntukan yang disalurkan mempunyai lebihan kerana masih ramai yang terlepas maklumat dan tidak memohon.

Bagi mengatasi masalah ini, kami bertindak untuk mengumpulkan maklumat bantuan kerajaan bagi tahun ini untuk disampaikan kepada anda supaya mana-mana skim atau inisiatif yang sesuai dengan kelayakan anda dapat dipohon dan anda tidak lagi terlepas peluang untuk memohon bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2022 ini.

Sebelum itu, bagi memastikan anda tidak lagi terlepas pengumuman baru bantuan-bantuan kerajaan pada masa akan datang, sila join channel telegram ini untuk sentiasa mendapat ‘update’ terpantas dan sahih berkenaan bantuan kerajaan terus di telefon anda. Tekan link ini untuk join channel telegram : https://t.me/rumahlejen

Di bawah adalah senarai penuh bantuan kerajaan bagi tahun 2022 :

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM adalah bantuan tunai kerajaan bagi tahun 2022 yang lebih bersasar untuk golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai yang ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan ini meliputi pemberian wang tunai mengikut kategori seperti di bawah :

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara permohonan boleh layari laman web ini : https://bkm.hasil.gov.my/

2. iSayang KWSP

iSAYANG adalah kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% akaun suami kepada akaun isteri.

Skim ini akan dilancarkan dalam suku pertama 2022. Skim ini telah diumumkan di dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) pada 23 November 2021 melalui Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir.

Untuk mendapat info lanjut berkenaan cara memohon atau pendaftaran baru, sila pergi ke pautan ini : ISayang

3. Rumah Mesra Rakyat 2022

 Skim Rumah Mesra Rakyat merupakan satu program untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah yang masih tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mereka mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri.

Skim Rumah Mesra Rakyat ini dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad atau lebih dikenali sebagai SPNB. Untuk pengetahuan anda rumah mesra rakyat SPNB kini dibuka untuk diisi secara atas talian. 

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan kasar isi rumah bulanan di tidak melebihi RM3,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / memiliki rumah usang.
  5. Tanah yang dicadangkan yang sesuai mestilah bebas dari gadai janji / beban / kekangan.
  6. Jika pemohon bukan pemilik tanah tersebut, pemohon wajib mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah yang dicadangkan
  7. Luas tanah mestilah tidak kurang dari 3.600 kaki persegi (bergantung pada reka bentuk)
  8. Tertakluk kepada reka bentuk dan pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cara memohon rumah mesra rakyat, sila baca di pautan ini : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

4. SIP Gig Perkeso

SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Program SIP Gig ini diwujudkan bagi membantu individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Tarikh permohonan Program SIP Perkeso bermula pada 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

CIRI-CIRI LAYAK MENERIMA INSENTIF PROGRAM SIP GIG

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Individu atau graduan yang menganggur lebih daripada 60 hari.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara memohon SIP Perkeso, baca di laman ini : CARA MOHON SIP PERKESO

5. Skim Bantuan JKM Kanak-Kanak RM1000

Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan Bantuan JKM kepada RM1000 untuk kategori Bantuan Kanak Kanak. Hal ini berdasarkan bajet yang telah diumumkan sejak 2021 oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Peningkatan dalam bantuan ini dibuat selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini. 

KADAR BANTUAN

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah

2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun

3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Untuk memohon secara atas talian bagi mendapatkan manfaat bantuan ini, sila telusuri pautan berikut : Cara Mohon Bantuan JKM Kanak-Kanak RM1000

6. Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku merupakan satu inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan oleh Kerajaan Malaysia untuk meringankan beban pembeli yang kali pertama mahu membeli rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih dari RM5,000 bagi pemohon tunggal dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM10,000 bagi pemohon bersama.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

SYARAT PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) 2022

Melalui laman web rasmi SRP, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  6. Pembiayaan sehingga 110%
  7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Untuk memohon dan mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web berikut : https://www.srp.com.my/bm

7. Bantuan CarSeat

Pihak kerajaan Malaysia telah menyalurkan bantuan subsidi sebanyak 50% atau RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Bajet 2022. 

Melihat akan angka kematian yang tinggi, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN CARSEAT

Kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022:

1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40 bagi kategori isi rumah.
2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
3. Mempunyai anak/anak angkat/anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
5. Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019.
7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

Untuk memohon, sila kunjungi laman web : http://www.mycrs.gov.my/

Senarai Penuh Bantuan Kerajaan 2022

Demikian antara senarai-senarai bantuan penting yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk seluruh rakyat bagi tahun 2022. Banyak lagi bantuan-bantuan kerajaan yang telah dilancarkan bagi permohonan pada tahun ini, tetapi kami tidak dapat berkongsikan sepenuhnya di sini atas faktor had ruang dan masa. Jadi, bagi memudahkan anda mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan bantuan kerajaan bagi tahun ini sama ada yang telah dilancarkan atau bakal diumumkan nanti, sila join channel telegram kami di sini :  https://t.me/rumahlejen

Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda dan membantu anda untuk tidak terlepas peluang memanfaatkan bantuan-bantuan kerajaan yang telah disediakan.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *