Semakan Status i-Sayang KWSP

Semakan Status i-Sayang KWSP

Spread the love

Semakan Status i-Sayang KWSP

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir, pada 23 November 2021 di dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021, mengumumkan bahawa KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang dalam suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.

Kemudahan i-Sayang KWSP ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Selain i-Sayang, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara adalah i-Lindung, iaitu skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh meminta majikan mereka untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 hari ini.

Persidangan selama dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

“Bersama-sama, kami percaya rangka kerja perlindungan sosial lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara paling membimbangkan akibat pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.

“Isu ketaksamaan ini wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara cuba mengurangkan impak COVID-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha ini untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.

“Oleh itu, ISWC tahun ini dinaik taraf, menyaksikan penganjur yang juga kuasa berpengaruh dalam negara, berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” katanya.

ISWC 2021 selama dua hari itu dianjurkan bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri, dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual menutup persidangan itu esok.

Kategori : Semakan Status i-Sayang KWSP

Bacaan lain-lain : Semak Harga Emas Harian

APA ITU iSAYANG

iSAYANG adalah kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% akaun suami kepada akaun isteri.

CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE iSAYANG KWSP

[NOTA] UNTUK MAKLUMAN, KEMUDAHAN PERMOHONAN ONLINE INI MASIH BELUM LAGI DILANCARKAN. ANGGARAN DIBUKA PADA SUKU PERTAMA 2022. PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DIDALAM INI APABILA KEMUDAHAN INI DIBUKA.

Maklumat akan dihebahkan di laman rasmi KWSP di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

CARA SEMAK STATUS KELULUSAN iSAYANG KWSP

[NOTA]MASIH BELUM DI BUKA. PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DI DALAM INI APABILA MULA DIBUKA DAN DILANCARKAN. JADI YANG TERAWAL DAPATKAN INFO STATUS KELULUSAN DENGAN SERTAI CHANNEL TELEGRAM RASMI KAMI DI SINI : https://t.me/rumahlejen

Apakah iSAYANG KWSP?

iSAYANG KWSP adalah kemudahan untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Bagaimana cara buat permohonan iSAYANG?

Tuan/Puan boleh mula membuat permohonan apabila kemudahan ini dibuka. Untuk lebih jelas sila ke artikel ini.

Bagaimana nak buat semakan status kelulusan iSAYANG?

Anda boleh mula membuat semakan apabila permohonan dibuat. Boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap cara check status.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *