Semakan Politeknik Ambilan MYPOLYCC

Semakan Politeknik Ambilan MYPOLYCC Edu My : Keputusan & Surat Tawaran 2022

Spread the love

Semakan Politeknik Ambilan MYPOLYCC Edu My : Keputusan & Surat Tawaran 2022

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM atau STPM atau setaraf yang telah melakukan permohonan kemasukan ke Politeknik di seluruh Malaysia bagi kemasukan pada tahun 2022, semakan untuk keputusan permohonan telah dibuka sekarang.

Maklumat lanjut berkenaan cara semakan keputusan politeknik dan cetak surat tawaran melalui portal rasmi politeknik di ambilan.mypolycc.edu.my kami kongsikan di bawah.

Baca juga artikel berkenaan : Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6

APA ITU AMBILAN.MYPOLYCC.EDU.MY

Ambilan.mypolycc.edu.my adalah portal rasmi politeknik yang diguna untuk cetak surat tawaran yang diterima kepada calon yang berjaya bagi kemasukan terbaru.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN POLITEKNIK 2022

PERKARATARIKH
Tarikh Semakan Politeknik 2022Bermula pada 22 Julai 2022

SEMAKAN POLITEKNIK 2022

Di bawah ini adalah cara semakan keputusan kemasukan Politeknik 2022 melalui online :

PERKARAPAUTAN
Semakan Keputusan Politeknik 2022 Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 (Permohonan Melalui UPUONLINE)1.SEMAKAN KEPUTUSAN POLITEKNIK
2.https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login
3.https://intake02.utm.my/semakan/?menu=spm
4.http://jpt.uum.edu.my/UPU2022/Semak_SPM2022.aspx
5.https://jpt.unimas.my/semakKeputusanSPM.jsp
6.https://jpt.ums.edu.my/SPM.aspx

SURAT TAWARAN POLITEKNIK

Untuk pemohon yang telah berjaya ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, cetakan surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang.

PERKARAPAUTAN
Cara Cetak Surat Tawaran Politeknik 2022Cetak Surat Tawaran Politeknik atau Kolej Komuniti

Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 (Permohonan Melalui UPUONLINE)

  1. Semakan keputusan boleh dibuat mulai 22 Julai 2022 jam 12 tengah hari di UPUONLINE.
  2. Bagi calon-calon yang ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, semakan dan cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my.
  3. Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 31 Julai 2022.
  4. Bagi calon yang TIDAK BERJAYA ke Politeknik, rayuan boleh dibuat mulai 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE.
  5. Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Lepasan SPM Tahun 2018 dan ke Bawah & Lulusan Selain SPM (Permohonan melalui eborang POLYCC )

  1. Program Diploma Politeknik, Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kemahiran Khas Politeknik. Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) serta rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my.
  2. Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 31 Julai 2022. Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA dan ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 hingga 31 Julai 2022 di http://ambilan.mypolycc.edu.my.
  3. Program Sijil Kolej Komuniti. Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) serta rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my.
  4. Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my.

SEMAKAN TEMUDUGA IJAZAH POLITEKNIK

Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan melalui portal ambilan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi program Ijazah Sarjana Muda berikut:

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

TARIKH SEMAKAN TEMUDUGA IJAZAH POLITEKNIK

Anda boleh membuat semakan panggilan temuduga di portal ini pada 23 Julai 2022 mulai jam 12.00 tengah hari.

SEMAKAN POLITEKNIK SARJANA MUDA

PERKARAPAUTAN
Temuduga Ijazah PoliteknikSemakan Temuduga Politeknik

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Nombor Hotline Politeknik : 03-8888 3837
Emel : jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Twitter : https://twitter.com/POLYCCOfficial

Makluman untuk adik-adik yang tidak ingin terlepas daripada mendapatkan pengumuman seperti ini, adik-adik sila join Channel Rasmi Info Berkenaan Biasiswa Pelajaran, Tips Temuduga, Bantuan Pelajaran & Maklumat Am Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia di link sebelah: https://t.me/rumahlejen

Kategori : Semakan Politeknik Ambilan MYPOLYCC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *