Semakan Permohonan GKP 4.0

Semakan Permohonan GKP 4.0 : Semak Tarikh Bayaran September Dan November 2021

Spread the love

SEMAKAN PERMOHONAN GKP 4.0 : SEMAK TARIKH BAYARAN SEPTEMBER DAN NOVEMBER 2021

Bagi para usahawan yang terjejas dengan pandemik Covid-19, kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah melakukan inisiatif untuk memberi bantuan tambahan melalui Geran Khas Prihatin (GKP) yang bermula dari tahun lepas lagi. Pada hari ini, bantuan GKP ini telah memasuki siri 4.0. Di dalam GKP 4.0 ini, kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM1000 untuk setiap pemohon yang layak yang akan disalurkan pada bulan September dan November 2021.

Peruntukan GKP 4.0 ini juga membuktikan kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar pada ketika ini. Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan. Penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021 secara dalam talian melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.Dengan adanya proses pendaftaran baharu ini, sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula. PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 30 Jun 2021.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion. Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan
yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini.

Oleh itu, kami bawakan untuk anda di sini maklumat berkenaan semakan permohonan GKP 4.0 seperti maklumat di bawah :

Golongan yang layak menerima GKP 4.0 Bantuan RM 1000 adalah seperti berikut:

  • Penerima GKP 1,0, 2.0 dan 3,0
  • Pemohon baru GKP 4.0

Syarat Permohonan GKP. 4.0 bagi permohonan baharu GKP 4.0 ialah :

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Menjalankan PKS
  4. Pendapatan kurang dari RM300,000 setahun.
  5. Berdaftar dengan PBT, SSM, atau LHDN.
  6. Masih aktif menjalankan perniagaan.
  7. Permohonan Baru GKP 4.0
  8. Permohonan boleh mula dibuat pada 15 Julai 2021 pada pautan https://gkp.hasil.gov.my

Tarikh tutup permohonan GKP ini adalah pada 31 Julai 2021.

Tarikh Pembayaran
Pembayaran GKP akan dilakukan mengikut ketatapan berikut:

  • September – RM500
  • November – RM500
    Bilakah tarikh tutup GKP 4.0?
    31 Julai 2021.

Berapakah bayaran akan diterima GKP 4.0?
RM1000

Lain-lain bantuan daripada kerajaan boleh juga di baca di sini : eBantuan JKM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *