Semakan JKM

Semakan JKM : Cara Melakukan Semakan Status Bantuan JKM Secara Online

Spread the love

Semakan JKM bagi permohonan secara online. Tahukah anda bahawa JKM ada membuka permohonan untuk memperoleh bantuan kewangan baru-baru ini? Adakah anda salah seorang yang telah memohon bantuan tersebut?

Jika anda belum memohon, sila baca artikel ini : Cara Memohon Bantuan JKM

Sekiranya anda salah seorang pemohon, anda pastinya ingin mengetahui status permohonan anda sama ada telah lulus ataupun tidak.

Artikel kami kali ini akan berkongsikan kepada anda cara melakukan semakan status bantuan JKM secara online untuk panduan pemohon-pemohon yang ingin mengetahui status anda lulus ataupun gagal.

Cara Semak Status Permohonan
Untuk anda yang telah membuat mendaftar permohonan dan ingin menyemak status permohonan, anda bolehlah mengikuti cara semakan seperti di bawah :

  • Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Semakan Status Permohonan Bantuan)
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Klik pada butang “Semak”
  • Status bantuan akan dipaparkan samada telah dipohon atau sedang diterima sahaja.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan baik terutama dalam musim pandemik Covid-19 yang dihadapi sekarang. Melalui perkongsian di atas semoga anda boleh menjadikan rujukan dan sedikit sebanyak memberi bantuan kepada anda untuk membuat permohonan eBantuan JKM ini.

Maklumat Lanjut
Kunjungi laman web berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini hanya merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “eBantuan JKM – Cara Daftar Online” ini sahaja. rumahlejen.com tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.


Latar Belakang Skim Bantuan Kebajikan

Pengenalan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Kelayakan Permohonan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *