Semakan Cukai Tanah Selangor

Semakan Cukai Tanah Selangor : Panduan Semakan Online Terkini

Spread the love

Rakyat negeri Selangor yang ingin melakukan semakan terhadap cukai tanah di negeri Selangor, kini boleh melakukan semakan cukai tanah Selangor ini secara online. Disebabkan cabaran pandemik Covid-19. kerajaan negeri telah menyediakan langkah semakan ini untuk mudah diakses tanpa perlu berurusan di pejabat kerajaan.

Jika anda ada hartanah sendiri, jangan lupa dengan tanggungjawab anda kepada kerajaan negeri Selangor untuk membuat bayaran pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Baca juga : Cara Melakukan Semakan Baki PTPTN

Dengan kutipan cukai inilah, kita sebagai rakyat Selangor dapat membantu kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan pendapatan sekaligus dapat menguruskan negeri Selangor dengan lebih tersusun dan sistematik. Tanpa pendapatan cukai dari rakyat, kerajaan akan mengalami kekangan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang boleh dinikmati bersama oleh kita semua sebagai rakyat di negeri ini yang turut menumpang kemudahan, limpahan rezeki dan sumber yang telah dikurniakan Allah swt kepada negeri Selangor. Cukai adalah tanggungjawab kita bersama untuk kemakmuran bersama.

Kegagalan anda untuk bayar cukai tanah mengikuti lokasi hartanah anda samada di Gombak, Banting, Klang, Shah Alam, Hulu Langat, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Rawang dan lain-lain tempat di negeri Selangor bakal menyebabkan kerajaan negeri berhak untuk rampas hartanah anda. Ini semua tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.

Oleh itu, disebabkan kemudahan yang sudah sedia ada kini, buat apa lagi anda perlu susah-susah untuk pergi ke kaunter sedangkan ada cara yang lebih mudah untuk bayaran cukai tanah secara online / atas talian terutamanya semasa musim pandemik ini.

Bagi anda yang ingin melakukan semakan cukai tanah Selangor ini secara online, kami telah sediakan jaringan untuk anda di bawah ini bagi melakukan semakan ini secara segera.

Link Semakan Cukai Tanah Bagi Negeri Selangor : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search

Anda pergi ke link ini sahaja dan hanya perlu isikan nombor akaun atau pilih jenis bil.

Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat membantu anda membuat semakan untuk cukai tanah yang anda perlu lunaskan dengan lebih cepat dan mudah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *