Semakan Baki PTPTN

Semakan Baki PTPTN : Cara Semakan Online dan Tunggakan Terkini

Spread the love

Pada zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi dan internet, kita dah tak perlu keluar rumah dan ke kaunter lagi untuk membuat semakan baki PTPTN kerana semuanya sudah boleh dilakukan secara online sahaja.

Melalui online, Penyata PTPTN juga boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.

Kita juga boleh membuat semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.

Baca juga : Permohonan Kemasukan MRSM 2022

Jika anda nak tahu cara buat semakan baki PTPTN online langkah demi langkah, jom rujuk 4 langkah mudah selanjutnya yang kami kongsikan di bawah ini :

Semakan Baki PTPTN Secara Online

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Jadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.

Berikut dikongsikan 4 langkah-langkah mudah untuk mengakses portal PTPTN dan membuat semakan baki PTPTN online.

1. Lawati Portal PTPTN

Pertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’. Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan
Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera dan klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

3. Masukkan Kata Laluan
Kemudian, masukkan kata laluan. Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel. Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN* bagi mendapatkan kata laluan.

*Untuk mendapat respon yang pantas, anda boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

4. Semak Penyata
Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’. Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas. Manakala, ‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci. Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

Mudah bukan?

Diharapkan dengan perkongsian maklumat ini, peminjam dapat melakukan urusan menyemak baki PTPTN dengan lebih mudah dan lancar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *