Semak Saman Guna RILEK

Semak Saman Guna RILEK

Spread the love

Semak Saman Guna RILEK

Adakah anda masih lagi membayar saman trafik dengan pergi ke kaunter agensi kerajaan seperti JPJ, PDRM dan DBKL? Dengan kecanggihan zaman sekarang, anda sudah tidak perlu bersusah payah untuk pergi membayar saman ke kaunter.

Sebaliknya, anda sudah boleh menyelesaikan saman dengan hanya di hujung jari melalui online. Banyak platform yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan saman mahupun menyemak saman anda secara online. Antara yang popular ialah MYEG.

Tetapi dalam artikel kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda semua satu lagi alternatif lain yang anda boleh gunakan untuk menyemak saman, iaitu melalui portal RILEK.

RILEK adalah perkhidmatan yang menyediakan semakan dan pembayaran saman trafik di atas talian.

RILEK (Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Malaysia)

  • Check saman menerusi portal RILEK boleh dilakukan dengan memasuki pautan rasmi https://www.rilek.com.my/
  • Portal RILEK turut menyediakan beberapa perkhidmatan dengan agensi-agensi kerajaan secara atas talian.Antaranya dengan PDRM, JPJ, DBKL dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK 

Langkah 1 : Sila layari laman web RILEK di alamat yang berikut: www.rilek.com.my

Langkah 2 : Jika belum daftar akaun dengan RILEK, klik ‘Register’ untuk daftar. Maklumat untuk pendaftaran adalah lebih ringkas berbanding yang diminta MyEG. Selepas isi, klik butang ‘Register’

Langkah 3 : Selepas siap daftar, anda akan diminta untuk mengisi Activation Code yang dihantar ke emel yang didaftarkan. Jadi, terus sahaja Login menggunakan emel dan password yang didaftarkan tadi.

Langkah 4 : Untuk semak saman trafik online, klik pada perkataan PDRM

Langkah 5 : Masukkan nombor MyKad dan terus klik ‘Next’

Jika tiada saman tertunggak, paparan akan menunjukkan bahawa anda tiada sama. Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan.

Anda juga boleh melihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar.

CARA BAYAR SAMAN GUNA RILEK 

Langkah 1 : Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’.

Langkah 2 : Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’

Langkah 3 : Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan.

Langkah 4 : Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi RILEK. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.

Demikian sahaja langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk menyemak serta membayar saman secara online menggunakan portal RILEK. Semoga perkongsian kami kali ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan urusan saman anda dengan lebih lancar dan lebih mudah.

Jika anda mempunyai masa, anda boleh juga melanjutkan pembacaan di artikel kami berkenaan Tarikh Gaji Penjawat Kerajaan Pada Tahun 2022. Anda boleh tekan link ini : https://rumahlejen.com/tarikh-gaji-2022/

Untuk menjadi yang terawal mendapat info-info bermanfaat seperti ini dan juga program bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Kategori : Semak Saman Guna RILEK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *