RFID Registration Portal V2.0

RFID Registration Portal V2.0 : Cara Daftar RFID Secara Online

Spread the love

RFID Registration Portal V2.0

Kerajaaan telah mengumumkan untuk menghapuskan sistem Touch n Go serta Smart Tag dan menggantikan dengan sistem RFID di tol seluruh Malaysia bermula 15 Januari 2022 tahun depan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Oleh itu, bagi memudahkan anda mendaftarkan kenderaan anda dengan sistem RFID, kami akan kongsikan di sini beberapa langkah yang boleh anda buat bagi menyelesaikan pendaftaran kenderaan anda dengan RFID hanya secara online. Berikut langkah-langkah yang anda perlu lakukan :

  1. Pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi Touch’n Go eWallet di Google Play StoreHuawei App Gallery atau Apple App Store dan membuat pendaftaran akaun TnG eWallet.
  2. Masuk ke dalam portal pendaftaran TNG RFID dengan menggunakan TnG eWallet dan pin 6-digit untuk log-in.
  3. Berapa dokumen melibatkan kenderaan diperlukan seperti salinan sijil pemilikan kenderaan atau cover note insurans kenderaan yang masih sah. Tetapi dokumen tidak diperlukan jika maklumat mengenai kenderaan anda boleh didapati di Sureplify.
  4. Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu atau pasport sekiranya bukan warganegara Malaysia ketika pemasangan.
  5. Sebagai alternatif, anda boleh menyediakan salinan dokumen berikut ketika ingin melakukan pemasangan tag RFID, seperti:
    1. Salinan geran atau insurans kenderaan
    2. Salinan kad pengenalan atau pasport
    3. Surat kebenaran oleh pemilik kenderaan jika pemilik TnG eWallet dan pemilik kenderaan adalah individu yang berbeza
  6. Langkah terakhir adalah memastikan anda membawa kenderaan yang didaftarkan serta dokumen yang diperlukan ke Pusat Pemasangan TnG RFID terpilih.

Buat masa ini pendaftaran RFID hanyalah untuk kenderaan persendirian sahaja, iaitu seperti kereta, van, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap (kenderaan kelas 1).

KELEBIHAN RFID TOUCH N GO

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

Kategori : RFID Registration Portal V2.0

Baca juga artikel berkenaan : Semak Tarikh Gaji Penjawat Awam Bagi Tahun 2022

Untuk menjadi yang terawal mendapat info-info bermanfaat seperti ini dan juga program bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *