Rayuan BKC

Rayuan BKC : Cara Permohonan Rayuan Dan Semakan Status Rayuan

Spread the love

Rayuan BKC

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan September 2021. Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.

“Kita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita. Mohd Shahar mengakui pandemik yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini, juga menyebabkan berlaku situasi mereka dalam kategori T20 berubah menjadi M40, sekali gus layak untuk menerima bantuan kerajaan, jika memenuhi syarat.

Kerajaan menyarankan penerima BPR yang memohon BKC agar sentiasa menyemak akaun bank mereka supaya sentiasa aktif untuk memudahkan Bantuan Khas COVID-19 BKC dikreditkan ke akaun penerima.

Selain itu, Mohd Shahar berharap penerima BPR membuat semakan akaun bank kerana didapati masih ada yang tidak menyedari BKC dikreditkan ke akaun mereka kerana berpandangan tidak membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan tunai tersebut.

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Untuk membuat permohonan rayuan, anda boleh melihat terlebih dahulu alasan gagal di dalam permohonan anda dan kemudiannya terus boleh mengemukakan rayuan melalui https://bkc.hasil.gov.my kemudian lampirkan dokumen sokongan sebab gagal permohonan BKC.

Semakan Status Rayuan

Semakan status bagi permohonan rayuan akan dikemaskini dalam masa yang terdekat setelah pihak kerajaan mengumumkannya nanti. Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan semakan status rayuan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my

Baca juga artikel : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *