Program JUMPER PUNB

Program JUMPER PUNB Sesi Februari 2022 : Permohonan Kini Dibuka Dengan Elaun RM1,200 Sebulan

Spread the love

Program Jumper PUNB adalah sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih. Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Kelebihan Program JUMPER PUNB

  1. Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
  2. Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan.
  3. Berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman.
  4. Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini.
  5. Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program.
  6. *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.
  7. Pembiayaan patuh syariah.

​* Tertakluk kepada terma & syarat 

Syarat Kelayakan

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.

Mentor JUMPER PUNB

Usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Klik Di Sini : Senarai Mentor JUMPER PUNB

Proses Permohonan

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan disaring.
  2. ​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  3. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.
  4. Proses penempatan & kelulusan.
  5. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.
  6. Peserta lapor diri & latihan bermula.

Cara Memohon / Panduan Permohonan

Sebelum Mengemukakan Permohonan:

  1. Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  2. Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  3. Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan:

  1. Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  2. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  3. Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  4. Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
  5. ​Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir permohonan dibuka bermula Disember sehingga 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari

  1. layari laman sesawang di www.punbbiz.com.my/
  2. Lawati laman rasmi Facebook PUNB
  3. Emel ke jumper@punb.com.my

Baca juga artikel berkenaan : Skim Bantuan Untuk Usahawan Melalui Semarak Niaga
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *