PICKids

PICKids : Cara Daftar Vaksin Kepada Kanak-Kanak

Spread the love

PICKids

Sistem Tempahan Janji Temu bagi Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) melalui Aplikasi MySejahtera akan dibuka untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat tempahan janji temu bagi mendaftarkan anak-anak untuk divaksin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipetik berkata, pihak KKM akan melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. 

Pelaksanaan PICKids ini dilakukan kerana terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutamanya setelah pembukaan sekolah pada awal tahun 2022.

Perkara ini termasuklah kemunculan varian baharu iaitu Omicron yang lebih mudah merebak dan berpotensi tinggi untuk menjangkiti kanak-kanak serta orang dewasa.

Kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 juga berisiko tinggi untuk mendapat kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C). Antara gejala-gejala yang boleh dialami apabila seseorang terkena kesan ini adalah seperti demam yang berlarutan, tekanan darah rendah, sawan serta keradangan pelbagai organ termasuk jantung (miokarditis), paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata, saluran usus dan lain-lain.

Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Namun, seperti vaksin yang lain, vaksin Comirnaty® formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga boleh memberikan kesan sampingan vaksin yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti sakit pada tempat suntikan, kemerahan dan bengkak. Tindak balas sistemik pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigil dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.

Program vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menggunakan vaksin Comirnaty® formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Israel, Australia dan Singapura. Real World Data melaporkan insiden miokarditis atau radang otot jantung setelah pengambilan vaksin mRNA adalah sangat rendah.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka. Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.

Perincian mengenai akses kepada sistem tempahan janji temu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kategori : PICKids

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman dan bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Baca juga artikel berkenaan : Mohon ePangkat Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *