Permohonan SIP Perkeso

Permohonan SIP Perkeso

Spread the love

Permohonan SIP Perkeso

Berita baik untuk mereka yang mereka yang terjejas dari sudut pendapatan dan kerja ekoran pandemik Covid-19 baru-baru ini, kini kerajaan melalui pihak PERKESO telah melaksanakan Program SIP Gig yang telah dibuka bermula pada 17 Januari 2022.

Program SIP Gig ini diwujudkan bagi membantu individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

APA ITU PROGRAM SIP GIG?

SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Objektif utama Program SIP Gig ini adalah seperti berikut:

  • Membuka peluang untuk individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan
    secara jangka masa pendek.
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi
    pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SIP GIG

CIRI-CIRI LAYAK MENERIMA INSENTIF PROGRAM SIP GIG

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Individu atau graduan yang menganggur lebih daripada 60 hari.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

CIRI-CIRI TIDAK LAYAK MENERIMA INSENTIF PROGRAM SIP GIG

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGESAHAN PERMOHONAN

  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
  • Senarai surat dan dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:
KATEGORIDOKUMEN
Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerjaBukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.
Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaanBukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan)Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).
Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah
yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).
Graduan yang menganggur melebihi 60 hariSurat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi
Pengajian Tinggi (IPT)

NOTA : Termasuk mana-mana dokumen lain yang perlu dikemukakan kepada PERKESO sekiranya diminta.

CARA UNTUK MEMOHON PROGRAM SIP GIG

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

KAEDAH PEMBAYARAN INSENTIF PROGRAM SIP GIG

KAEDAH PEMBAYARANKADAR KOMISENJUMLAH BAYARAN
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti
(selama 6 bulan)
RM1,200 atau 40 jam
seminggu
RM600
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti
(selama 6 bulan)
RM2,500 keatas satu atau lebih
daripada 60 jam seminggu
RM800
(Tambahan RM200)


SOALAN LAZIM (FAQ)

Bilakah tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig?
Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.

Apakah yang akan dilaksanakan oleh PERKESO sekiranya permohonan mengandungi maklumat
palsu/tidak tepat?

PERKESO boleh mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Menolak permohonan atau menangguh dan memberhentikan bayaran sekiranya OBS
    menghantar maklumat palsu atau tidak benar sewaktu permohonan dibuat atau semasa
    permohonan diproses, juga sekiranya OBS tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
    di atas.
  2. Menggantung permohonan dan kelulusan Log Aktiviti yang sedang dalam proses siasatan untuk mengemukakan tuntutan yang disyaki palsu atau tidak benar.
  3. Mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut semula bayaran yang telah dibayar kepada OBS sekiranya pembayaran tersebut dibuat berdasarkan kepada maklumat yang palsu atau tidak benar yang telah diberikan kepada PERKESO oleh mana-mana pihak, atau OBS didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan selepas penerimaan bayaran bagi program insentif tersebut.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insentif Program SIP Gig?
Kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas kami di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di https://eaduansip.perkeso.gov.my.

Kategori : Permohonan SIP Perkeso

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman dan bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Baca juga artikel berkenaan : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *