Permohonan KWSP

Permohonan KWSP Pengeluaran Khas RM10k

Spread the love

Permohonan KWSP

Berita baik untuk pencarum KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Di bawah kami kongsikan cara-cara untuk melakukan permohonan pengeluaran khas KWSP :

PANDUAN LENGKAP CARA KELUAR KWSP 10K PENGELUARANKHAS.KWSP.GOV.MY 2022 ONLINE.

  1. Klik Link Rasmi PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
  2. Klik [MOHON SEKARANG].
  3. Klik [PERMOHONAN].
  4. Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di ruangan Nombor MyKad/MyPR.
  5. Isi NOMBOR TELEFON BIMBIT anda.
  6. Klik [TERUSKAN].
  7. Nombor OTP telah dihantar melalui SMS ke Nombor Telefon Bimbit anda. Sila masukkan Nombor OTP tersebut diruangan yang disediakan. Klik [SAHKAN NOMBOR OTP].
  8. Seterusnya, tetapkan [AMAUN PILIHAN PENGELUARAN].
  9. Anda akan dipaparkan sama ada [Memohon RM10,000 atau Lain-lain Amaun]. Sila Klik salah satu pilihan yang diberikan.
  10. Klik [TERUSKAN] Anda akan dipaparkan mesej Tahukah Anda “RM 10,000.00 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 30,715.24 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.”
  11. Kemudian, Klik [TERUSKAN] sekali lagi.
  12. Anda akan dipaparkan MAKLUMAT PERMOHONAN.
  13. Sila Semak Nama Penuh, Nombor MyKad/MyPR, Nombor Telefon Bimbit dan Kemaskini Maklumat Alamat E-Mel, Alamat Surat Menyurat Terkini, Poskod, Bandar, Negeri, ada Akaun Bank tandakan (Ya), Nama Bank, Nombor Akaun Bank anda.

Sila isi Maklumat dengan tepat supaya tidak berlaku sebarang masalah apabila proses pembayaran dilakukan. Pastikan anda kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan pada data yang sedia ada.

  1. Pilih Jawapan kepada Soalan berikut “Saya memohon Pengeluaran Khas kerana dan Pengeluaran Khas akan membantu saya untuk”.
  2. Klik [TERUSKAN].
  3. Anda akan dibawa ke PENGESAHAN PERMOHONAN
  4. Pastikan anda Semak semua MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT BAYARAN yang diisi adalah betul dan tepat serta tandakan tick.
  5. Klik [HANTAR].
  6. Permohonan anda telah berjaya dihantar.
  7. Selesai.

Selain daripada itu, sebagai pemohon, anda juga perlu mengetahui syarat-syarat yang diperlukan untuk melakukan pengeluaran khas KWSP 10k.

SYARAT PENGELUARAN KWSP 10K

Maklumat lengkap syarat kelayakan pengeluaran seperti di bawah :

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Ahli atau Pencarum KWSP/EPF.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
  • Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
  • Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

TARIKH PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K

Permohonan pengeluaran KWSP bermula pada 1 April 2022.

  • Para Pencarum/Ahli KWSP boleh buat Permohonan bermula pada 1 April-30 April 2022 secara online.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran oleh pihak KWSP akan dibuat bermula 20 April 2022.

Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022. Sebelum itu, 9 April 2022 adalah tarikh semakan status.

SEMAKAN PENGELUARAN KWSP 10K

Anda boleh melakukan semakan pengeluaran melalui Portal Pengeluaran Khas.

Tarikh semakan atau check status kelulusan keluar KWSP 10k adalah pada 9 April 2022.

PENUTUP

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan membantu anda.

Sila join channel rasmi kami di bawah ini untuk mendapatkan info terkini dengan awal dan pantas. Join di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Cara Rebus Jagung Lemak Berkrim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *