permohonan kemasukan mrsm 2022

Permohonan Kemasukan MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Spread the love

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2022 kini telah dibuka untuk seluruh warga Malaysia bermula dari 29 Ogos 2021 sehingga 5 November 2021. Permohonan kemasukan ke MRSM ini boleh dibuat secara online.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi.
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Baca Juga : eBantuan JKM

Permohonan Kemasukan MRSM 2022

Bagi sesi 2022 untuk mohon masuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), panduan permohonan MRSM sedikit berlainan dari tahun yang sebelumnya. Hal ini kerana, sesi persekolahan pada tahun 2021 ini hanya dijalankan menerusi PDPR. Dan ujian peperiksaan UPSR dan juga PT3 juga telah ditangguhkan.

Oleh sebab itu, untuk pengetahuan ibu bapa, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Dan untuk yang ingin membuat permohonan MRSM Ulul Albab, calon diwajibkan untuk menjalani ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus semua ujian UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebagai maklumat tambahan, untuk pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, pihak MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara buat permohonan mrsm tingkatan 1 2022 dan juga cara buat permohonan mrsm tingkatan 4 2022. Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak ibu bapa merealisasikan impian anak mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *