PERMOHONAN BTR 2023 ONLINE

Permohonan BTR 2023 Online Bantuan Tunai Rakyat

Spread the love

Permohonan BTR 2023 Online

BTR adalah ringkasan untuk Bantuan Tunai Rakyat yang telah diperkenalkan oleh PM semasa perbentangan Mini Belanjawan Kerajaan Perpaduan 2023.

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan dalam bentuk tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ini kerana pihak kerajaan perpaduan telah mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk keperluan akibat bencana musim tengkujuh.

Untuk makluman anda, Bantuan BTR sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023 nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

CARA PERMOHONAN BTR

Sebagai makluman, kerajaan belum lagi memaklumkan sebarang cara untuk memohon Bantuan BTR ini. Hal ini kerana, bantuan ini baharu sahaja diumumkan oleh PM ke-10 baru-baru ini dan kerajaan sedang mengusahakan dan meneliti mekanisma yang akan dilaksanakan nanti.

Namun begitu, jika dilihat berdasarkan kesemua permohonan bantuan kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu seperti BKM, BPR & BSH, permohonan boleh dilakukan melalui atas talian (online) dan juga disediakan borang.

Untuk mendapatkan info awal berkenaan dengan permohonan BTR 2023 ini, anda boleh join Channel Rasmi Info Bantuan BTR di pautan maklumat portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat. Pihak kami akan kemaskini info terkini dan terbaru di dalam channel tersebut untuk hebahan anda semua.

Sebelum ini, permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh di mohon di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/ dan sekiranya pihak kerajaan telah mengubah pautan tersebut kepada https://btr.hasil.gov.my, pihak kami akan maklumkan anda dengan kadar segera di dalam channel tersebut.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1 2023

Tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat terutamanya dengan kesukaran yang dialami semasa musim banjir akhir tahun baru-baru ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023 nanti.

JUMLAH PEMBAYARAN BTR FASA 1 2023

Info yang didapati buat masa ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100.
(Segala pindaan akan dikemaskini apabila pengumuman rasmi diumumkan nanti).

PORTAL RASMI BTR

Buat masa sekarang, pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan sama ada portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat akan diwujudkan melalui portal baru seperti btr.hasil.gov.my atau akan menggunakan portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang sedia ada.

Namun begitu, pihak kami akan membantu anda untuk mendapatkan info awal sekiranya terdapat perubahan baru terhadap portal rasmi BTR ini. Sila join channel rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat 2023 di sini untuk mendapatkan info awal dan pantas tentang Portal Rasmi BTR 2023.

Join Channel Info Terkini BTR 2023 di sini : https://t.me/rumahlejen

CARA CHECK STATUS BTR 2023 

Untuk semak bayaran bantuan BTR, anda boleh check di pautan ini :
(Buat masa ini belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pautan yang akan disediakan oleh kerajaan. Pihak kami akan mengemaskini pautan ini apabila diumumkan secara rasmi. Sila join channel yang telah disediakan untuk dapatkan maklumat lebih pantas dan terkini.)

INISIATIF BAJET MINI 2023 YANG DIBENTANGKAN OLEH PM-10

Di bawah adalah senarai intipati Mini Bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim :

  1. Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
  2. Bayaran Bantuan BTR 2023 Fasa 1 diteruskan dan diawalkan pada Januari ini. Bantuan ini melibatkan RM300 untuk isi rumah dan RM100 untuk individu bujang.
  3. Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.
  4. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 ke 56 dan Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Penutup

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui berkenaan bantuan ini, pastikan anda sentiasa bersedia untuk melakukan kemaskini maklumat yang diperlukan nanti seperti butiran peribadi dan maklumat akaun bank. Lakukan persediaan awal supaya apabila pengumuman rasmi dikeluarkan nanti, anda dapat melakukan permohonan dan semakan dengan pantas. Pastikan anda tidak ketinggalan dari mendapatkan info terkini dengan menyertai channel telegram yang kami sediakan seperti di bawah.

Sila join channel rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat 2023 di sini untuk mendapatkan info awal dan pantas tentang Portal Rasmi BTR 2023. 

Join Channel Info Terkini BTR 2023 di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Semakan BTR

Kategori : Permohonan BTR 2023 Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *