PENGELUARAN ASB

Pengeluaran ASB Keluar Dividen ASB Online

Spread the love

PENGELUARAN ASB

Tahukah anda bahawa bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB sudah dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Kini, urusan untuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menjadi jauh lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh pihak unit amanah itu. Antaranya ialah semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan.

Di sini kami akan kongsikan cara melakukan pengeluaran ASB tersebut secara online.

Berdasarkan pengumuman pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online. Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

HAD PENGELUARAN

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM2,000.00 sebulan sahaja.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

CARA PENGELUARAN DIVIDEN ASB ONLINE

Berikut adalah cara pengeluaran dividen ASB online melalui laman sesawang myASNB :

  1. Log Masuk laman sesawang myASNB di pautan ini : https://www.myasnb.com.my/
    1. Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English.
    1. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu.
    1. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas.
    1. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna.
    1. Klik Teruskan.
    1. Akan keluar satu Frasa Keselamatan.
    1. Jika ia menunjukkan Frasa Keselamatan kepunyaan anda , klik Ya.
    1. Seterusnya, sila masukkan Kata Laluan anda.
    1. Klik Log Masuk.
    1. Anda akan dibawa ke Halaman Utama myASNB.
    1. Klik menu Portfolio.
    1. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan.
    1. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi.
    1. Klik butang Transaksi.
    1. Pilih Jualan Balik.
    1. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan.
    1. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
    1. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
    1. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
    1. Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
    1. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan dan jumlah Maksimum adalah RM2,000.
    1. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat.
    1. Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
    1. Jika bersetuju, klik Teruskan.
    1. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan.
    1. Klik Permintaan TAC.
    1. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan.
    1. Klik Seterusnya.
    1. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya.
    1. Duit ASB anda akan dimasukkan dalam masa 1-3 hari bekerja ke akaun bank anda.
    1. Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

  • Anda sebagai pemegang unit boleh keluarkan duit ASB secara percuma.
    • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

CARA PENGELUARAN DIVIDEN ASB MELALUI BANK (MAYBANK,CIMB,RHB,BSN)

Ikuti langkah di bawah untuk membuat pengeluaran ASB melalui bank lain:

  • Bawa IC sahaja (Buku akaun ASB tidak wajib dibawa).
    • Pergi ke cawangan Bank yang berdekatan.
    • Pergi ke kaunter pertanyaan.
    • Beritahu hajat anda untuk keluarkan duit ASNB.
    • Mereka akan berikan borang hijau.
    • Isi Borang Jualan Balik.
    • Masukkan Nama, IC, Nombor Akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan.
    • Ambil nombor giliran.
    • Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil.
    • Buat urusan di kaunter.
    • Pengesahan cap jari diperlukan.
    • Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank atau secara tunai.

WAKTU PERNIAGAAN

Waktu urus niaga sedia ada myASNB adalah seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
    • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel di : asnbcare@pnb.com.my.

PENUTUP

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan membantu anda.

Sila join channel rasmi kami di bawah ini untuk mendapatkan info terkini dengan awal dan pantas. Join di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Semak Baki Dividen ASB Secara Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *