Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia : Ketahui Cara Mendaftar dan Melanggan Internet RM10 Sebulan Sahaja Untuk 20GB Data dan 1GB Percuma

Spread the love

Untuk makluman anda, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pakej tersebut yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Baca juga : Cara Menyemak Permohonan GKP

APA ITU PAKEJ REMAJA MALAYSIA

Pakej Remaja ini adalah bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik. Antaranya adalah seperti di bawah ini.

  • Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
  • Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30).
  • Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
  • Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
  • Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara untuk daftar.

CARA DAFTAR PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA UNTUK INTERNET RM10 SEBULAN DAN 20GB DATA

Untuk pengetahuan anda, cara untuk mendaftar masih lagi belum diumumkan oleh syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini. Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan Nombor Kad Pengenalan manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan Kad Pelajar.

SOALAN LAZIMApa itu Pakej Remaja Keluarga Malaysia?

Pakej ini adalah bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik. Melalui pakej ini pelajar hanya perlu membayar RM10 sebulan sahaja selama 3 bulan berturut untuk menikmati internet 20GB serta 1GB percuma akses internet tanpa had (jumlah 90GB).Siapakah yang layak melanggan Pakej Remaja Keluarga?

Untuk makluman bagi pakej ini mereka yang layak adalah pelajar yang berumur di bawah 21 tahun dan pendaftaran akan dibuat menggunakan Kad Pengenalan pelajar manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan kad pelajar.Bagaimana cara langgan dan daftar Pakej Remaja Keluarga ini?

Untuk langgan dan daftar anda boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap cara buat pendaftaran dan langganan.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi informasi yang terkini sahaja untuk menyampaikan manfaat kepada anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia.

Tel : 03-80008000
Fax : 03-89115183
E-mel: webmaster[at]kkmm.gov.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *