Lokasi Jualan Keluarga Malaysia

Lokasi Jualan Keluarga Malaysia : Semak Senarai Lokasi Di Seluruh Malaysia

Spread the love

Lokasi Jualan Keluarga Malaysia

[KEMASKINI SENARAI LOKASI : RUJUK TULISAN DI BAWAH SEKALI]
Bermula 4 Disember 2021 ini, kerajaan akan menganjurkan program Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barang keperluan harian pada harga lebih murah di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif itu adalah antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.

Beliau juga berkata, program Jualan Keluarga Malaysia ini akan menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Program ini juga disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kawasan ramai penduduk golongan B40 dan M40.

“Perancangan awal diadakan selama dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen dan kita sasarkan hingga Februari tahun depan.

“Kita akan lihat bergantung kepada keadaan situasi harga. Kalau harga berterusan tak turun, kita akan meneruslan program ini sehinggalah harga barang turun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia di Lembah Pantai, di sini.

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap situasi kenaikan harga barangan ketika ini.

Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia diadakan sebagai inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah.

Program Jualan Keluarga Malaysia menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Inisiatif ini akan diperluaskan di seluruh negara mulai 4 Disember 2021 secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar. Kerajaan mengalu-alukan agar lebih banyak pihak industri akan tampil bersama-sama dalam Jualan Keluarga Malaysia di lokasi-lokasi lain yang akan ditentukan.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci boleh semak di : Laman Web KPDNHEP atau Facebook Rasmi KPDHEP
Baca juga : Cara Mohon iSayang KWSP

Apa itu Program Jualan Keluarga Malaysia?

Program ini adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah. Program ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20% -50% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Bila Akan Bermula?

Bermula 4 Disember 2021

Lokasi Jualan Keluarga Malaysia

Di semua 222 kawasan Parlimen. Maklumat terperinci lokasi mengikut Zon boleh disemak di dalam jadual pada akhir artikel.

Berapa kali Program ini akan berjalan?

Program ini juga disasar diadakan dua kali setiap bulan

Sasaran Program Jualan Keluarga Malaysia

Program ini akan memfokuskan kawasan ramai penduduk golongan B40 dan M40.

Barang-Barang Yang Akan Ditawarkan Diskaun Sehingga 20%-50%

Barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses

Tempoh Program Berjalan

Dijangka sehingga Februari 2022

Senarai Lokasi Jualan Keluarga Malaysia Mengikut Zon

[KEMASKINI SENARAI LOKASI : RUJUK TULISAN DI BAWAH SEKALI]

Zon Timur

Pahang

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 10 pagi -1 petang
Lokasi : TMG Mall Tanjung Lumpur Kuantan

Terengganu

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 8 pagi – 12 tengah hari
Lokasi : Perkarangan DM Pemborong Sdn Bhd Kuala Berang

Kelantan

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 10 pagi -1 petang
Lokasi : Perkarangan Hadapan Pasar Raya Pantai Timur Lubuk Jong, Pasir Mas

Zon Tengah

Selangor

Tarikh : 4 & 5 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)
Waktu : 8 pagi -12 tengah hari
Lokasi : Taman Putra Perdana Dengkil Sepang

Negeri Sembilan

Tarikh : 5 Disember 2021 (Ahad)
Waktu : 8 pagi -12 tengah hari
Lokasi : Tapak Pasar Tani Paroi Jaya Seremban (Stadium)

Melaka

Tarikh : 4 & 5 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)
Waktu : 7 pagi -12 tengah hari
Lokasi : Pekan Kuala Sungai Baru, Melaka (Berhadapan Bank Simpanan Nasional)

Zon Selatan

Johor

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 9 pagi -2 petang
Lokasi : Perkarangan Hadapan Pasaraya Econsave Taman Daya, Johor Bahru

Zon Utara

Kedah

Tarikh : 5 Disember 2021 (Ahad)
Waktu : 8 pagi -12 tengah hari
Lokasi : Padang Awam Desa Kedah Batu 13, Pokok Sena

Perlis

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 7.30 pagi -12.30 tengah hari
Lokasi : Tapak Bazar Ramadhan Bintong Kangar

Pulau Pinang

Tarikh : 5 Disember 2021 (Ahad)
Waktu : 8.00 pagi -12.00 tengah hari
Lokasi : Perkarangan Wisma TNB Kepala Batas

Perak

Tarikh : 4 & 5 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)
Waktu : 8.00 pagi -1 petang
Lokasi : RTC Gopeng

Zon Borneo

Sabah

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 7.30 pagi -12.30 tengah hari
Lokasi : Perkarangan Majlis Daerah Putatan

Sarawak

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 9.00 pagi -12.00 tengah hari
Lokasi : Perkarangan Emart Batu Kawa Kuching

Labuan

Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Waktu : 9.00 pagi -1 petang
Lokasi : Bataras Hypermarket Labuan

KEMASKINI SENARAI LOKASI & TARIKH JUALAN KELUARGA MALAYSIA TERBARU

NEGERI SEMBILAN

PULAU PINANG

KEDAH

KUALA LUMPUR

KELANTAN

MELAKA

PERAK

TERENGGANU

SABAH

LABUAN

PAHANG

SELANGOR

JOHOR

PERLIS

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan LOKASI JUALAN KELUARGA MALAYSIA yang dikemaskini pada masa akan datang dan program bantuan kerajaan seperti ini, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *