Lesen Bazar Ramadhan DBKL

Lesen Bazar Ramadhan DBKL 2022 : Cara Mohon dan Semakan Status

Spread the love

Permohonan untuk mendapatkan lesen bazar Ramadhan DBKL bagi tahun 2022 kini sudah dibuka bermula 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Peluang ini pastinya dinanti-nantikan oleh para peniaga untuk merebut peluang meraih pendapatan berlipat kali ganda di bulan puasa sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di sini kami sertakan penerangan lebih terperinci berkenaan lesen bazar Ramadhan DBKL untuk panduan pembaca :

BAHAGIAN A : PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN / AIDILFITRI 2022 ANJURAN DBKL

SENARAI TAPAK LOKASI BAZAR

Kategori : Bazar Aidilfitri
Lokasi : Lorong Tuanku Abdul Rahman
Jenis Jualan : Pakaian, Aksesori Diri, Aksesori Hiasan Rumah & Makanan Kering Berbungkus
Saiz Petak : 8 Kaki x 8 Kaki

Kategori : Bazar Ramadhan
Lokasi : Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Jenis Jualan : Juadah (Makanan & Minuman)
Saiz Petak : 8 Kaki x 8 Kaki

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN

Bazar Aidilfitri 2022 @ Lorong TAR

i. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.

ii. Beragama Islam sahaja.

iii. Mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih sah tempoh. (Lesen tidak aktif, telah dibatalkan atau disenarai hitam adalah tidak layak).

iv. Pemohon hanya boleh memohon satu (1) petak sahaja untuk Bazar Ramadan / Aidilfitri 2022.

Bazar Ramadan @ TLK Taman Tasik Permaisuri

i. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.

ii. Beragama Islam sahaja.

iii. Permohonan adalah terbuka kepada semua warga kota.

iv. Pemohon hanya boleh memohon satu (1) petak sahaja untuk Bazar Ramadan / Aidilfitri 2022.

KAEDAH PERMOHONAN

i. Permohonan secara atas talian melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar

ii. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
– Salinan kad pengenalan berwarna (imej hadapan dan belakang)

Baca juga artikel mengenai : Cara Mohon i-Sayang KWSP untuk memindahkan duit dari akaun suami ke akaun isteri

BAHAGIAN B : PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN / AIDILFITRI 2022 OLEH PENGANJUR / PERSATUAN

KAEDAH PERMOHONAN

i. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun disini:-
Borang Permohonan Penganjur/Persatuan

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan perlu dihantar melalui penganjur dan dihantar / dimasukkan ke kotak serahan (drop box) Bazar Ramadan / Aidilfitri, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) di Lobi Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.

iii. Syarat tambahan:-
Penjarakan fizikal antara gerai diwajibkan 1 meter selaras SOP sedia ada dan SOP semasa daripada MKN.

iv. Permohonan adalah melalui empat (4) persatuan yang telah dilantik oleh DBKL iaitu::-

1.
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPKMWP)
Yang Di Pertua: Y.Bhg Datuk Muhammad bin Abdullah
No Telefon: 011-12386635 / 019-7993434
Emel: gpppkmm@gmail.com

2.
Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PPMKL)
Presiden: Tuan Hj. Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim
No. Telefon: 019-2510880
Emel: dnidna1618@gmail.com

3.
Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPBWPKL)
Presiden: Y.Bhg Datuk Seri Rosli bin Sulaiman
No. Telefon: 03-26040040 / 019-2344477
Emel: pppbwpkl@yahoo.com

4.
Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP)
Yang Di Pertua: Encik Mithlan Bin Samijoo
No. Telefon: 03-26932805 / 012-9146848 / 012-6651028
Emel: pppbwilayahpersekutuan@gmail.com

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh hubungi Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan di talian 02-2028 2536 / 2537 / 2538 / 2541 dari jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang.
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA :
1 DISEMBER 2021

TARIKH PERMOHONAN DITUTUP :
31 DISEMBER 2021

SEBARANG PERMOHONAN SELEPAS 31 DISEMBER 2021
TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

[NOTA] SEMAKAN STATUS UNTUK PERMOHONAN BAGI TAHUN 2022 MASIH BELUM DI BUKA. PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DI DALAM INI APABILA MULA DIBUKA DAN DILANCARKAN.

Sumber berita : eLesen DBKL

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *