Kerja Kursus Sejarah

Kerja Kursus Sejarah : Contoh Terbaik & Lengkap

Spread the love

Kerja Kursus Sejarah : Contoh Terbaik & Lengkap

Bagi para pelajar sekolah seluruh Malaysia, subjek Sejarah adalah antara subjek yang paling diingati untuk keperluan menyiapkan kerja kursus. Setiap tingkatan pasti ada tugasan kerja kursus yang perlu disiapkan. Cabaran yang sentiasa dihadapi adalah panduan beserta contoh terbaik untuk para pelajar jadikan rujukan semasa menyiapkan tugasan ini.

Di dalam artikel kali ini kami akan membantu para pelajar untuk melihat contoh kerja kursus sejarah yang lengkap dan terbaik. Fokus kami di dalam contoh kali ini adalah contoh kerja kursus sejarah Tingkatan 5 bagi menghadapi peperiksaan SPM. dan juga contoh kerja kursus Darjah 6 untuk peperiksaan UPSR.

Contoh dan format ini boleh dijadikan rujukan untuk mana-mana tingkatan pelajar kerana kebanyakan format yang dijadikan contoh dan panduan ini adalah format umum yang sesuai untuk diaplikasikan pada mana-mana ‘level’. Adik-adik boleh melakukan penyesuaian dan pelarasan yang perlu mengikut keperluan dan ‘level’ pembelajaran semasa. Adik-adik boleh rujuk perkongsian kami di bawah.

Sebelum mengemukakan contoh, kami kongsikan dahulu antara format yang sesuai untuk digunakan sebagai penghasilan kerja kursus. Adik-adik boleh melakukan penyesuaian dan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa oleh guru dan soalan yang diberikan. Antara format yang boleh diikuti adalah seperti ini :

Format Kerja Kursus Sejarah


1. Muka Depan :
– Nama Sekolah
– Subjek
– Nama Pelajar
– Tingkatan
– Nama Guru Penilai

2. Penghargaan

3. Isi Kandungan
– Susun mengikut format yang baik dan jelas untuk dilihat dan mudah dirujuk dalam satu muka surat sahaja

4. Pernyataan Masalah
– Menulis persoalan-persoalan yang timbul sehingga memerlukan kajian ini untuk dibentangkan

5. Objektif Kajian
– Letakkan beberapa objektif kajian

6. Kaedah Kajian
– Kaedah Kajian Ilmiah (surat khabar, buku)
– Kaedah Temubual/Temuramah
– Kaedah Pemerhatian (Lawatan ke Lokasi)
– Kaedah Media (Rakaman Video dari Sumber Berita TV)
– Kaedah Rujukan Internet

7. Proses Awal dan Kerangka Dasar
– Ini antara elemen alternatif jika diminta atau boleh ditambah untuk menambahkan kualiti kerja khusus bagi penelitian penilai untuk menampakkan gerak kerja yang dilakukan secara sistematik
– Hasilkan dalam bentuk jadual dengan meletakkan column untuk diisi dengan perkara seperti :- bilangan, tarikh dan tugasan
– Contoh seperti dibawah :

Bil.TarikhTugasan
1.2/9/2022Menjawab soalan tugasan kerja kursus dalam bentuk draf
2.3/9/2022Membuat muka depan kerja kursus
3.5/9/2022
4.

8. Pengenalan
– Ayat pengenalan untuk topik yang dijalankan

9. Isi Kandungan
– Penerangan tentang soalan kerja kursus
– Susun dan atur dengan baik dan kemas mengikut topik
– Boleh menggunakan gambar, carta atau apa-apa bentuk visual yang boleh membantu menerangkan berkenaan topik
– Rujuk contoh untuk mendapatkan gambaran yang jelas

10. Rumusan/Kesimpulan

11. Rujukan
– Letakkan sumber rujukan yang digunakan seperti buku teks sekolah, artikel, buku rujukan luar, jurnal
– Tulis dalam format yang baik yang disertai dengan nama perkara rujukan, tahun dan ‘link’ jika ada.
– Rujuk contoh yang diberikan di dalam artikel ini untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas.

12. Lampiran
– Boleh letakkan gambar-gambar seperti gambar muka surat untuk isi yang penting di dalam buku teks berkenaan topik yang dikaji, atau gambar jurnal, gambar artikel di internet yang digunakan semasa menjalankan kajian, gambar yang diambil di tapak kajian seperti gambar lokasi, gambar tokoh yang ditemuramah atau apa-apa sahaja gambar yang sesuai dan dirasakan perlu bagi menguatkan kesahihan dan kredibiliti hasil kajian oleh pelajar.

Demikian antara cadangan format yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah. Format ini boleh digunakan untuk mana-mana tingkat pelajar di sekolah samada pelajar Tingkatan di sekolah menengah dan pelajar darjah di sekolah rendah. Sesuaikan cadangan format ini dengan ‘level’ anda dan keperluan yang diminta oleh soalan dan guru.

Contoh Kerja Kursus Sejarah

Di bawah ini adalah contoh-contoh lengkap dan terbaik yang adik-adik boleh jadikan rujukan. Lakukan penyesuaian dan pengubahsuaian yang sesuai ye mengikut keperluan soalan semasa yang diberikan oleh guru.

Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 5 :

Tekan link di sini : https://online.anyflip.com/wqfwk/bmrm/mobile/

Contoh Kerja Kursus Sejarah Darjah 6 :

Tekan link di sini : https://online.anyflip.com/toxhx/zpil/mobile/

Ini antara sumber rujukan kerja kursus sejarah yang baik dan lengkap kami dapat kumpulkan setakat ini. Jika ada lagi contoh-contoh lain yang bagus dan baik untuk dicontohi kami akan kongsikan dengan adik-adik di sini. Untuk mendapatkan update berkenaan bahan-bahan pembelajaran dan alat bantu belajar seperti yang kami kongsikan ini, sila join channel telegram kami di sini : https://t.me/rumahlejen

Kategori : Kerja Kursus Sejarah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *