KEMASKINI UPU ONLINE 2022

KEMASKINI UPU ONLINE 2022 : CARA KEMASKINI & TARIKH

Spread the love

KEMASKINI UPU ONLINE 2022

Bagi pelajar yang sudah sudah mengisi borang UPU 2022, proses kemaskini sudah dibuka sekarang. Bagi mereka yang belum mendaftar atau mengisi borang UPU, anda perlu melakukan permohonan baharu terlebih dahulu. Panduan permohonan baharu boleh dirujuk di link ini : UPU Online 2022 .

Untuk proses kemaskini, pemohon lepasan SPM 2021 boleh mengemaskini pilihan program pengajian yang Layak berdasarkan keputusan SPM 2021.

Fasa Pengemaskinian UPUOnline Lepasan SPM Bagi Sesi Akademik 2022/2023

Tarikh : Bermula 21 Jun 2022 Jam 12.00 tengah hari sehingga 28 Jun 2022 jam 5.00 petang.

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Cara Kemaskini UPUOnline

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Maklumat Lanjut

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
FAKS            : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL     : upu@mohe.gov.my

Sila layari laman web rasmi BKPA :
https://upu.mohe.gov.my/

Jadi, adik-adik, jangan berlengah lagi. Lebih baik lakukan proses kemaskini ini awal-awal supaya tidak berlaku sebarang gangguan semasa proses kemaskini. Selalunya kalau buat last minute, macam-macam masalah boleh jadi. Server down lah, sebab trafik ramai sangat. Maklumlah rakyat Malaysia ni memang suka buat kerja last minute. Jangan macam tu ye dik. Nak tahu lebih details program apa yang sesuai dengan adik-adik mengikut keputusan SPM dan karakter adik-adik, sila bertanya dengan kaunselor masing-masing. Time ni lah kaunselor adalah orang yang paling penting untuk adik-adik. Mereka dapat maklumat up to date. So, bertindak awal-awal supaya ada banyak masa nak consult dengan kaunselor dan buat kemaskini dengan baik-baik ye. Goodluck.

Join Channel Rasmi Info Berkenaan Biasiswa Pelajaran, Tips Temuduga, Bantuan Pelajaran & Maklumat Am Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia : https://t.me/rumahlejen

Kategori : KEMASKINI UPU ONLINE 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *