Jualan Keluarga Malaysia

Jualan Keluarga Malaysia : Semak Lokasi Program Secara Online

Spread the love

Kerajaan akan menganjurkan program Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barang keperluan harian pada harga lebih murah di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak bermula 4 Disember 2021 ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif itu adalah antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap Parlimen akan mempunyai program jualan itu mulai Sabtu ini, yang menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Program ini juga disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kawasan ramai penduduk golongan B40 dan M40.

“Perancangan awal diadakan selama dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen dan kita sasarkan hingga Februari tahun depan.

“Kita akan lihat bergantung kepada keadaan situasi harga. Kalau harga berterusan tak turun, kita akan meneruslan program ini sehinggalah harga barang turun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia di Lembah Pantai, di sini.

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap situasi kenaikan harga barangan ketika ini.

Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia diadakan sebagai inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah.

Program Jualan Keluarga Malaysia menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Inisiatif ini akan diperluaskan di seluruh negara mulai 4 Disember 2021 secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar. Kerajaan mengalu-alukan agar lebih banyak pihak industri akan tampil bersama-sama dalam Jualan Keluarga Malaysia di lokasi-lokasi lain yang akan ditentukan.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci boleh semak di : Laman Web KPDNHEP atau Facebook Rasmi KPDHEP
Baca juga : Permohonan I-Sayang KWSP

Apa itu Program Jualan Keluarga Malaysia?

Program ini adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah. Program ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses dengan harga sehingga 20% -50% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Bila Akan Bermula?

Bermula 4 Disember 2021

Lokasi Jualan Keluarga Malaysia

Di semua 222 kawasan Parlimen. Maklumat terperinci lokasi akan dimaklumkan nanti. Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan program kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *