isayang

iSayang KWSP : Permohonan Online dan Semakan Status

Spread the love

iSayang

iSAYANG adalah kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% akaun suami kepada akaun isteri.

Di dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) pada 23 November 2021, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir, mengumumkan bahawa KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang dalam suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.

Kemudahan iSayang KWSP ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Selain i-Sayang, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara adalah i-Lindung, iaitu skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh meminta majikan mereka untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 hari ini.

Persidangan selama dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

“Bersama-sama, kami percaya rangka kerja perlindungan sosial lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara paling membimbangkan akibat pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.

“Isu ketaksamaan ini wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara cuba mengurangkan impak COVID-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha ini untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.

“Oleh itu, ISWC tahun ini dinaik taraf, menyaksikan penganjur yang juga kuasa berpengaruh dalam negara, berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” katanya.

ISWC 2021 selama dua hari itu dianjurkan bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri, dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa.

Persidangan secara hibrid selama dua hari yang dianjurkan dengan kerjasama Maybank, BNP Paribas, BNY Mellon dan FWD Takaful Bhd itu akan menampilkan ucaptama dan sesi panel bersama lebih daripada 20 orang penceramah tempatan dan antarabangsa yang akan berkongsi pandangan mengenai isu ketidaksamaan yang merangkumi topik ketidaksamaan pendapatan, ketidaksamaan pendidikan dan sosial, jurang perbezaan dalam penjagaan kesihatan, dasar responsif gender dan peranan perlindungan sosial dalam mengurangkan ketidaksamaan. 

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian termasuk pemenang anugerah Nobel, Profesor Joseph Stiglitz dan pengarang buku ‘Mission Economy’, Mariana Mazzucato. Penceramah lain termasuk juga penulis terlaris dari New York Times, Nick Vujicic; Naib Presiden Pemasaran Kumpulan GRAB, Cheryl Goh; Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sumitra Visvanathan; dan Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dr Anas Alam Faizli. 

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual menutup persidangan itu esok.

APA ITU iSAYANG

iSAYANG adalah kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% akaun suami kepada akaun isteri.

CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE iSAYANG KWSP

[NOTA] UNTUK MAKLUMAN, KEMUDAHAN PERMOHONAN ONLINE INI MASIH BELUM LAGI DILANCARKAN. ANGGARAN DIBUKA PADA SUKU PERTAMA 2022. PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DIDALAM INI APABILA KEMUDAHAN INI DIBUKA.

Maklumat akan dihebahkan di laman rasmi KWSP di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

JADI YANG TERAWAL DAPATKAN INFO CARA BUAT PERMOHONAN i-SAYANG KWSP DENGAN SERTAI CHANNEL TELEGRAM RASMI KAMI DI SINI : https://t.me/rumahlejen

CARA SEMAK STATUS KELULUSAN iSAYANG KWSP

[NOTA]MASIH BELUM DI BUKA. PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DI DALAM INI APABILA MULA DIBUKA DAN DILANCARKAN.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan ini sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Kategori : i-Sayang KWSP

Bacaan lain-lain : Semak Tarikh Gaji 2022

Apakah i-Sayang KWSP?

i-Sayang adalah kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk memindahkan secara sukarela sebanyak 2% akaun suami kepada akaun isteri.

Bagaimana cara mohon i-Sayang KWSP?

Tuan/Puan boleh mula membuat permohonan apabila kemudahan ini dibuka. Untuk lebih jelas sila ke artikel ini.

Bagaimana nak buat semakan status kelulusan i-Sayang KWSP?

Anda boleh mula membuat semakan apabila permohonan dibuat. Boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap cara check status.

Semak Baki Akaun KWSP

Ahli KWSP yang ingin membuat semakan baki simpanan persaraan KWSP boleh melakukan semakan secara online. Ahli KWSP juga boleh membuat semakan berapa jumlah potongan caruman daripada majikan dan gaji setiap bulanan yang masuk ke akaun 1 dan 2 KWSP. Anda boleh melakukan semakan baki KWSP secara online melalui i-Akaun KWSP.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

  1. Sila hadir ke KIOSK /KAUNTER KWSP untuk daftar nombor telefon bagi tujuan kod pengesahan TAC.
  2. Anda akan diberikan ID dan kata laluan sementara melalui SMS.
  3. Sila layari laman web KWSP untuk login dan semak baki KWSP anda.
  4. Di halaman utama, pilih butang Login.
  5. Klik pada pilihan i-Akaun (Member).
  6. Seterusnya, masukkan ID sementara yang diberikan dan tekan Next.
  7. Sila masukan kata laluan sementara yang diterima dan tekan Login.
  8. Kemudian baca terma dan syarat yang dinyatakan.
  9. Sila Tick pada kotak persetujuan syaratan dan terma dan tekan Next.
  10. Seterusnya anda perlu mencipta ID dan kata laluan yang baharu.
  11. Pilih IMEJ KESELAMATAN dan FRASA KESELAMATAN bagi tujuan sekuriti.
  12. Klik Next & anda telah berjaya daftar i-Akaun.

Cara Semak Baki i-Akaun KWSP
Berikut adalah cara semak baki KWSP menggunakan apps i-Akaun:

  1. Sila muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android.
  3. Kemudian,buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
  4. Login akaun i-Akaun anda.
  5. Baki KWSP anda akan dipaparkan,sila klik view Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun anda.
  6. Tekan pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *