i Ceria KWSP

i Ceria KWSP gov my : Permohonan Online Daftar dan Semak

Spread the love

i Ceria KWSP

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Baca juga artikel berkenaan : Permohonan iSayang KWSP

“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20% daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya.

Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

Ini kerana, katanya, beliau difahamkan tuntutan berkenaan dibantah segelintir menteri selepas cadangan itu dikemukakan Ismail Sabri pada mesyuarat Kabinet.

“Saya menyokong apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.

“Ini terutamanya selepas kejadian banjir, COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka. Yang tak berniaga selama dua tahun, mereka sudah pun hilang modal untuk bermula semula.

“Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini. Apa yang mereka hendak makan?” katanya.

Setakat ini belum ada maklumat terkini tentang permohonan ini. Pihak kami akan kemas kini untuk update terkini mengenai pengeluaran i Ceria KWSP dari masa ke semasa.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman dan bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *