e Testing JPJ

e Testing JPJ : Pelaksanaan Ujian Lesen Memandu Automatik 2022

Spread the love

e Testing JPJ

Bermula April ini, pihak JPJ akan melaksanakan sistem eTesting untuk dilaksanakan dalam sistem pengambilan lesen memandu berkuatkuasa di seluruh negara.

Bagi pembaca yang ingin mengambil lesen memandu dan ingin mengetahui cara pelaksanaan sistem eTesting ini, sila baca artikel ini dengan selanjutnya.

Apa itu e Testing JPJ

eTesting adalah sistem yang bakal dilaksanakan dan diterap oleh JPJ di dalam sistem pengambilan lesen memandu bermula pada bulan April 2022 sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan tersebut.

Menerusi penggunaan sistem ini, pegawai JPJ yang bertugas untuk memantau ujian lesen memandu tidak akan berada di dalam kenderaan bersama calon ujian memandu semasa ujian dilaksanakan. Sebaliknya, pegawai yang bertugas tersebut akan memantau calon menerusi bilik kawalan sepanjang ujian berjalan.

CARA PELAKSANAAN SISTEM eTESTING JPJ

  • Sistem eTesting mengekalkan peringkat ujian seperti sistem sebelumya iaitu pembelajaran di dalam kelas, litar dan jalan raya.
  • Melalui sistem eTesting, ujian pada bahagian 1,2, dan 3 akan dipantau sepenuhnya melalui sistem.
  • Calon ujian memandu yang diuji akan berada secara bersendirian di dalam kenderaan. Manakala, pegawai yang bertugas sebagai penguji akan memantau dari bilik kawalan.
  • Arahan yang diberi serta kesalahan yang dilakukan oleh calon semasa ujian akan diperhatikan dan ditegur menerusi bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu masing-masing.

KELEBIHAN SISTEM eTESTING

  • Mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan.
  • Meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu secara elektronik.
  • Keputusan ujian dapat diperoleh dengan pantas dan boleh diakses dengan segera.

INFO TAMBAHAN

  • Sistem eTesting sudah terdapat di 232 institusi memandu di seluruh negara.
  • Pihak JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan modul yang digunakan institut memandu dalam eTesting menepati elemen-elemen yang sudah ditetapkan oleh pihak JPJ.
  • Sistem eTesting ini sudah dipraktikkan oleh negara maju seperti Jepun dan Korea dan kini Malaysia akan mengorak langkah mengikuti mereka bagi menambahbaik dan memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan JPJ.

Baca juga artikel berkenaan : Semak Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2022

Untuk menjadi yang terawal mendapat info-info bermanfaat seperti ini dan juga program bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *