Download Slip Gaji PDF

Download Slip Gaji PDF

Spread the love

Download Slip Gaji PDF

Setiap penjawat awam pastinya ingin menyemak slip gaji untuk memudahkan pelbagai urusan harian seperti membuat pinjaman bank. Jika dahulu kita perlu menyimpan slip gaji kita secara manual dalam bentuk helaian kertas dan melakukan fotokopi ke atasnya untuk memenuhi dokumen keperluan dalam sebarang urusan.

Kini sudah tidak perlu lagi. Kita sudah boleh akses secara terus ke dalam sistem yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sistem online yang disediakan oleh pihak ANM ini untuk memudahkan penjawat awam menyemak slip gaji/penyata gaji bulanan masing-masing hanya dengan klik di komputer.

Sistem ini dinamakan e-Penyata.

Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem ePenyata ini. Sistem ini juga merupakan salah satu inisiatif ke arah sifar kertas bagi penggunaan slip gaji.

Login e-Penyata

Untuk masuk ke dalam sistem e-penyata, anda bolehlah terus login ke dalam pautan ini: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Klik link di atas, dan anda akan dibawa kepada laman login. Kemudian, masukkan no kad pengenalan anda dan juga kata laluan. Akhir sekali tekan daftar masuk.

Pendaftaran e-Penyata Pertama Kali

Jika sebelum ini anda tidak pernah menggunakan sistem e-penyata ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Klik sini untuk mendaftar akaun baru e-penyata ANM.

Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

Ruang yang wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah;

  • No mykad (kad pengenalan)
  • No gaji
  • kata laluan (password)
  • sahkan kembali kata laluan.
  • soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)
  • Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda ingat.)
  • KLIK OK.

Terlupa Kata Laluan e-Penyata

Ada waktu, kita terlupa akan kata laluan. Namun, jangan bimbang. Anda boleh dapatkan kembali dengan klik –> LUPA KATA LALUAN

Masukkan no kad pengenalan anda dan juga nombor gaji. Kemudian klik ‘Seterusnya’.

Download Slip Gaji PDF

  • Anda boleh terus layari laman web anm.gov.my dan login seperti biasa.
  • Namun dinasihati agar install dahulu pdf reader pada smartphone anda.
  • Ini bagi membolehkan slip gaji berformat PDF boleh dibaca/ dibuka.

Soalan Kerap Ditanya Berkenaan e-penyata

Berapa lama data penyata gaji disimpan dalam sistem ePenyata?

  • bagi penyata bulanan, ianya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
  • Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.

Bagaimana nak dapatkan no gaji ?

  • No gaji boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bekerja.

Bagaimana nak guna ePenyata pada telefon bimbit/ smartphone?

  • Anda boleh terus layari laman web anm.gov.my dan login seperti biasa.
  • Namun dinasihati agar install dahulu pdf reader pada smartphone anda.
  • Ini bagi membolehkan slip gaji berformat PDF boleh dibaca/ dibuka.

ePenyata ada apps tak?

Carian maklumat Slip Gaji

Selepas login, klik submenu yang tertera tulisan “sendiri”. Menu tersebut akan membawa anda fungsi untuk muat turun penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.

Jika ada sebarang persoalan mengenai sistem e-penyata gaji, anda bolehlah hubugni pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada :

e-mel rasmi : epayslip@anm.gov.my

Oh, jangan lupa untuk sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan , no. gaji, no. kod pejabat perakaunan, no.kod jabatan dan no. kod pusat pembayar.

Kategori : Download Slip Gaji PDF

Jadual Gaji 2022

Sekadar maklumat tambahan anda kami ingin kongsikan bersama anda untuk rujukan pihak anda pada tahun ini iaitu jadual gaji kakitangan kerajaan bagi tahun 2022. Untuk akses kepada jadual tersebut, sila klik link di bawah :
Tarikh Gaji 2022

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan program bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *