Daftar Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia

Daftar Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia Secara Online

Spread the love

Daftar Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia

Pada 8 Oktober 2021, kerajaan telah melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Skuad Keluarga Malaysia itu akan diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Skuad ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara, di bawah satu jentera.

Sehingga kini, skuad ini telah mempunyai 10,000 anggota yang bersedia membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik. Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri.

Baca juga artikel berkenaan : Pendaftaran Dos Penggalak

Pelancaran Skuad Keluarga Malaysia dibentuk hasil pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi yang diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif untuk rakyat dengan pantas serta berkesan.

Inisiatif ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Bagi menjayakan inisiatif Skuad Keluarga Malaysia, lima kementerian utama dipilih sebagai kementerian pelaksana. Lima kementerian itu adalah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara. Sementara dua lagi kementerian meliputi Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas) dan JPM (Hal Ehwal Agama).

Cara Daftar Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia Secara Online

Berikut kami sertakan cara-cara untuk memohon serta mendaftar sebagai sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia yang telah dibuka baru-baru ini. Maklumat lanjut seperti di bawah :

Terdapat 2 laman web yang disediakan kerajaan untuk melakukan pendaftaran Sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia. Anda boleh mengakses mana-mana laman web ini untuk mengisi borang pendaftaran dan menghantar permohonan sebagai sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia.

1. Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

2. Laman Web Rasmi Keluarga Malaysia
https://keluargamalaysia.gov.my/skuad-keluargamalaysia/

atau boleh terus ke halaman borang yang disediakan di jaringan di bawah :

https://www.jkm.gov.my/jkm/daftarskuadkeluargamalaysia.html
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScYJQNuAiUK8Zz4-AYCSan0txcw3Vi0leFRzZwH68-LE19qNw/viewform

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *