Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah : Sakit & Alasan Lain

Spread the love

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Selalu kita hadapi apabila anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah cikgu akan meminta surat untuk meminta penjelasan sebab. Ramai ibubapa yang agak buntu untuk menulis surat dengan cara yang sesuai untuk dihantar kepada pihak sekolah. Justeru, di sini kami akan kongsikan beberapa contoh yang boleh digunakan oleh para ibubapa bagi menyediakan surat dalam format dan ayat yang sesuai untuk dihantar kepada pihak sekolah. Format ini boleh digunakan untuk pelbagai sebab ketidakhadiran sebagai dokumen rujukan pihak sekolah. Surat ini bukanlah satu kewajipan tetapi sangat digalakkan bagi mengelakkan salah faham dengan pihak guru kelas dan sekolah. Selain itu, ia secara tidak langsung mengajar anak akan adab untuk menghormati guru dengan memberitahu mereka dengan jujur sebab ketidak hadiran ke sekolah.

Contoh Situasi Yang Memerlukan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Seseorang pelajar mungkin tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan-alasan berikut:

  1. Sakit
  2. Masalah kewangan
  3. Kematian
  4. … dan pelbagai lagi alasan yang dianggap munasabah dan menjadi keperluan

Apa pun sebabnya, ibubapa digalakkan untuk menghantar surat tidak hadir sekolah bagi pihak anak mereka untuk mengelakkan salah faham dengan pihak sekolah yang mungkin menyangka anak-anak sengaja ponteng atau tidak menghadirkan diri.

Selain itu, penulisan surat ini mampu memudahkan pihak sekolah menawarkan sebarang bantuan sekiranya keluarga pelajar tersebut mempunyai masalah yang boleh dibantu.

Baca juga artikel berkenaan : Contoh Kerja Kursus Sejarah

Format Surat Rasmi

Secara ringkasnya, surat ini menggunakan format surat rasmi kerana ia adalah sebuah dokumen rasmi yang diberikan kepada pihak sekolah.

Secara ringkasnya, bentuk surat ini sama sahaja dengan surat tunjuk sebab tidak hadir kerja kecuali tajuk dan isinya sahaja yang berbeza.

Secara umumnya, surat ini mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

  1. Nama
  2. Alamat
  3. Tarikh
  4. Nama guru
  5. Nama dan alamat sekolah
  6. Tajuk: KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH / TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA [masukkan sebab ketidakhadiran]
  7. Isi surat:
    • Nyatakan dengan jelas tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran. Contohnya: “Pada tarikh 29 Januari 2022, anak tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana sakit perut akibat keracunan makanan
    • Nyatakan akujanji akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan guru kepada kelas

Contoh Surat

Aiman bin Syukur
PT 201, Jalan Bunga Raya,
Gombak
53100 Gombak, Selangor.


Guru Darjah 1 Bestari
Sekolah Kebangsaan Gombak Utara,
53100 Gombak, Selangor. 20 JUN 2022

Tuan / Puan

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 19 Jun 2022

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak saya [NAMA ANAK] tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Jun 2022.

2. Ini kerana anak saya mengalami sakit perut yang membimbangkan saya berkenaan tahap kesihatannya dan keupayaannya untuk berada di sekolah pada hari tersebut.

2. Saya, Syukur bin Ali, bapa kepada [NAMA ANAK] akan memastikan anak saya menyoapkan tugasan setelah kembali ke sekolah.

Kerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

________________

Nota Peringatan :

Pastikan surat mengikut format surat rasmi seperti yang dikongsikan di atas. Alasan yang diberikan hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh pihak sekolah. Tuan/Puan perlu pastikan surat ditulis secara ringkas serta memberikan informasi yang tepat dan perlu sahaja. Lampirkan surat sokongan seperti surat MC, surat kematian dan sebagainya jika ada.

Semoga perkongsian contoh ini dapat membantu Tuan/Puan terutamanya ibu bapa dan penjaga pelajar di sekolah. Sebarang pertanyaan tentang prosedur rasmi untuk urusan persekolahan anak-anak, Tuan/Puan boleh bertanya terus dengan pihak sekolah ataupun layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Join Channel Rasmi Info Berkenaan Biasiswa Pelajaran, Tips Temuduga, Bantuan Pelajaran & Maklumat Am Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia : https://t.me/rumahlejenKategori : Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *