Contoh Ayat Surat Rayuan Matrikulasi

Contoh Ayat Surat Rayuan Matrikulasi

Spread the love

Contoh Ayat Surat Rayuan Matrikulasi

Berita baik bagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan kemasukan ke matrikulasi baru-baru ini, kini anda boleh lakukan permohonan rayuan untuk mencuba nasib bagi kali kedua. Namun, dilema kebanyakan calon adalah cara untuk menulis surat rayuan yang baik dan boleh dijadikan contoh rujukan bagi para pemohon untuk rayuan ke matrikulasi. Di bawah ini kami kongsikan cara untuk membuat ayat dan surat rayuan bagi permohonan ke matrikulasi.

Artikel berkaitan : Cara Daftar STPM

LAMPIRAN RAYUAN MATRIKULASI

Kepada calon yang ingin membuat rayuan ke matrikulasi, anda hendaklah lampirkan sekali senarai yang dinyatakan dibawah untuk menguatkan lagi hujah di dalam catatan dan surat yang dihantar.

PERKARAJENIS
Senarai lampiran1. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
2. Salinan Keputusan SPM yang disahkan.
3. Sijil Kokurikulum yang disahkan.
4. Sijil Penyertaan dan Pencapaian yang disahkan.

Tips pengesahan sijil dan salinan yang berautoriti tinggi. Kepada calon sebaiknya atau sebolehnya anda mendapatkan pengesahan sijil dan salinan tersebut dengan pegawai yang berjawatan tinggi di sektor kerajaan. Hal ini kerana, dengan pengesahan dari pihak yang berautoriti tinggi ini, dapat mengukuhkan lagi pengesahan yang telah dibuat. Jika boleh dapatkan pengesahan dari kakitangan kerajaan yang berada di Gred 41 ke atas.

Di dalam rayuan untuk ke matrikulasi, anda mesti sertakan sekali CATATAN RAYUAN.

CONTOH CATATAN RAYUAN MATRIKULASI

Di dalam catatan tersebut, pemohon dikehendaki menyatakan keputusan SPM berserta dengan lampiran yang telah disahkan dan juga boleh menyatakan sebab munasabah lain berkaitan dengan pencapaian dan penyertaan di dalam sesuatu aktiviti semasa di persekolahan atau perkara berhubungkait seperti minat ataupun sebagainya supaya permohonan rayuan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sebolehnya pastikan catatan yang dinyatakan mempunyi bukti seperti sijil yang original serta salinan yang disahkan oleh pihak yang berkelayakan. Ini dapat mengukuhkan lagi permohonan rayuan yang dibuat akan dipertimbangkan.

CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI

(Nama Calon Rayuan) Ahmad Omar Bin Ahmad Rashdan,
(Alamat Surat Menyurat Calon) No 20 Jalan Seri Cemerlang 5,
Taman Seri Cemerlang,
32040 Seri Manjung, Perak.
(Emel Calon) :
(Nombor Telefon Calon) :

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

(Tarikh Rayuan) 31 Ogos 2022.

(Gelaran Pengarah) Dato/Encik/Cik/Tuan / Puan,

(Perkara/Tajuk) PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2022

Saya,

Nama pemohon : Ahmad Omar Bin Ahmad Rashdan
Nombor Kad Pengenalan : 120707-03-0008

Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat rayuan kepada pihak tuan / puan bagi mempertimbangkan Permohonan Rayuan saya ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2022 berdasarkan jurusan pengajian yang dipilih oleh saya iaitu Perakaunan (Kod M003).

2. Permohonan rayuan ini dibuat adalah disebabkan perkara-perkara berikut :

i. Saya tidak berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Sesi 2022 bagi ambilan pertama.
ii. Saya berpotensi dan meminati jurusan pengajian Perakaunan.
iii. Keputusan SPM yang diperolehi menepati dan memenuhi syarat kelayakan program yang diminta.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan / puan, saya telah memperolehi 5A dan 4B dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

4. Di samping itu, saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Rover Moot Antarabangsa (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Kembara Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah. Pada tahun 2020, saya mencapai kejayaan tempat pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.

5. Tahun akhir sesi persekolahan, saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Kembara Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Sepak Takraw Sekolah dan menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Perpustakaan Sekolah.

6. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan lampiran yang telah disahkan yang berkaitan untuk rujukan tuan / puan.

7. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik tuan / puan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan, atas jasa baik tuan / puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

___________________ (tandatangan calon)

(Nama Calon Huruf Besar)

SURAT RAYUAN MATRIKULASI HANTAR KE PEJABAT PENGARAH

Calon dikehendaki menghantar surat dan catatan rayuan matrikulasi berserta dengan lampiran ke alamat pengarah di bawah ini :

Pesanan : Pastikan di sampul surat tersebut di tulis permohonan rayuan matrikulasi.

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN MATRIKULASI 2022

PERKARATARIKH
Tarikh Rayuan Kemasukan Matrikulasi 202216 Julai 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

PERKARAPAUTAN
Cara Semakan Rayuan Matrikulasi 2022https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/semaktawar.cfm
Cara Semak Keputusan Permohonan Tukar Program/Jurusan/Kolejhttps://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan dengan perkara di atas anda boleh rujuk pihak ber wajib di bawah ini :

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 4083
No.Faks: 03 – 8888 4028

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my.

Join Channel Rasmi Info Berkenaan Biasiswa Pelajaran, Tips Temuduga, Bantuan Pelajaran & Maklumat Am Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia : https://t.me/rumahlejen

Kategori : Contoh Ayat Surat Rayuan Matrikulasi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *