Cek Harga Barang Online

Cek Harga Barang Online Dengan Price Catcher KPDNHEP

Spread the love

Cek Harga Barang Online

Sekarang harga barang makin mahal. Ayam, telur dan sayur-sayuran pun naik harga. Setiap kali pergi ke pasaraya atau kedai runcit nak beli barang pasti pening dengan harga yang pelbagai. Dekat kedai ni harganya macam ni, dekat kedai sana harganya lain pula.

Jadi, untuk membantu anda membuat semakan atau cek harga barang secara online sebelum membuat keputusan pembelian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  telah datangkan satu inisiatif melalui pelancaran apps PRICE CATCHER.

Melalui apps ini, anda boleh menyemak dan membuat perbandingan harga barang. Aplikasi Mudah Alih Price Catcher boleh didapati di platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Aplikasi ini memaparkan maklumat harga untuk lebih 400 barangan keperluan pengguna yang dikutip dari lebih seribu Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

Aplikasi ini juga turut dilengkapi dengan maklumat harga lebih terkini dan sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri terbaru bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan.

Antara ciri terkini yang dibangunkan ialah kemudahan perkongsian maklumat carian harga melalui media sosial dan hebahan mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan lain.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui sidang media berkata, premis-premis perniagaan di sekitar kawasan yang sama menawarkan barang yang sama pada harga yang berbeza.

Tetapi, melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan. Seterusnya, dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan.

Aplikasi PRICE CATCHER ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
•carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
•fungsi untuk mengesan lokasi;
•perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
•fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
•berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
•hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Di samping itu, pihak Kementerian telah memperluaskan peranan perkongsian harga melalui Price Catcher kepada semua ahli Friends of KPDNHEP (FOK). Kementerian juga menyeru agar pengguna-pengguna di luar sana berkongsi maklumat harga yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna lain seperti harga promosi dan sebagainya.

KPDNHEP juga menggalakkan peniaga-peniaga untuk menggunakan platform Price Catcher untuk menghebahkan promosi-promosi yang dibuat.

Inisiatif membangunkan Price Catcher ini diharap dapat membantu mendayaupaya pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

Apa tunggu lagi, downloadlah aplikasi PRICE CATCHER di telefon anda samada melalui platform android ataupun ios. Semak harga barang dulu sebelum pergi membeli di kedai ya.

Sumber : KPDNHEP

Kategori : Cek Harga Barang Online

Baca juga artikel berkenaan Lokasi Jualan Keluarga Malaysia di 222 Parlimen.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan program bantuan kerajaan seperti ini, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *