CARA TUKAR PASSWORD UNIFI

Cara Tukar Password Unifi Dengan Mudah dan Cepat

Spread the love

Cara Tukar Password Unifi

Sekiranya anda adalah pelanggan wifi Unifi atau Streamyx, kadang-kadang anda mempunyai keperluan untuk menukar password untuk tujuan keselamatan atau memudahkan anda ingat password baru.

Apapun tujuan anda, pastinya anda tidak ingin mengalami kesukaran untuk melakukan perkara ini jika diperlukan. Jadi, di sini kami kongsikan sedikit cara-cara untuk menukar password Unifi atau Streamyx bagi memudahkan anda melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kontraktor mahupun orang lain.

KENAPA PERLU TUKAR PASSWORD

Anda perlu tukar password jika mengalami salah satu situasi di bawah :

  • Penggunaan Wifi anda tanpa kebenaran.
  • Hadkan penggunaan Wifi di rumah.
  • Terlupa password Wifi.
  • Terlupa nama Wifi.
  • Menggunakan router atau modem yang baru.

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI

Anda perlukan laptop atau PC untuk lakukan proses penukaran password ini. Jika anda ingin buat melalui tablet atau smartfon juga boleh, tetapi cara ini agak menyukarkan disebabkan screen gajet tersebut yang bersaiz kecil. Jadi, terpulanglah pada anda mana satu yang lebih mudah.

Berikut adalah langkah-langkahnya :

Langkah 1 : Pastikan anda menyambung laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.

Langkah 2 : Buka laman web atau IP Address 192.168.1.1. Taip di browser IP Address tersebut. Link tersebut hanya boleh dibuka apabila ada connection internet dari Router ke komputer kita. Jika tidak, ia akan memaparkan error.

Langkah 3 : Masukkan info login dan password. Untuk bahagian login, masukkan “tmadmin” Untuk password pula, masukkan “adm@xxxx” di mana “X” tu boleh diambil dari router Unifi anda (original dari pihak TM).

Kemudian lihat nombor di belakang router tersebut yang memaparkan tulisan MAC ID. Ambil nombor 4 digi terakhir di belakang. Masukkan dan klik butang login.

Langkah 4 : Pergi ke menu SETUP » Wireless Connection » Manual Setup.

Langkah 5 : Lepas klik pada manual setup sebentar tadi, lihat pada bahagian ADVANCE WIRELESS — SECURITY SETTINGS dan klik pada Security Settings.

Langkah 6 : Di sinilah tempat untuk kita tukar password pada router unifi atau streamyx. Lihat pada bahagian WPA/WAPI passphrase. Tukar password di sini. Juga boleh lihat password semasa dengan klik link Click here to show. Ia akan memaparkan password unifi atau streamyx tersebut.

Selesai.

CARA TUKAR PASSWORD STREAMYX

Bagi pengguna Streamyx pula, berikut adalah cara-cara untuk menukar password anda pada router atau modem:

Langkah 1 : Pastikan sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.

Langkah 2 : Buka Google Chrome dan taip ip address http://192.168.0.1

Langkah 3 : Masukkan info login dan password. Pada bahagian login, masukkan admin/tmadmin”. Pada bahagian password pula, masukkan admin/tmadmin/password.

Langkah 4 : Pada menu utama pilih bahagian Interface Setup’ dan pilih Wireless. Pada ruang Encryption tu diisi atau pilih TKIP/AES. Pada ruang Pre-Shared Key isikan password baru Wifi anda

Langkah 5 : Seterusnya klik pada Save

Langkah 6 : Kemudian, restart balik modem router anda tekan klik butang on/off.

Selesai.

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI SELF CARE PORTAL

Terkini, anda juga boleh melakukan penukaran password atau kata laluan di dalam portal Uni-fi sendiri iaitu Self-Care.

Self-Care ialah portal laman web Uni-fi yang boleh digunakan untuk membuat bayaran, melihat pernyataan bil dan mendapatkan bantuan mengenai sebarang isu-isu terhadap servis daripada Unifi.

Caranya ialah dengan login terlebih dahulu atau jika masih tiada akaun, anda perlu membuat akaun baru untuk pelanggan Unifi yang baru. Anda juga boleh mengakses Self-Care pada https://mobile.unifi.com.my/selfcare. Laman ini boleh diakses, sama ada pada desktop ataupun pada telefon pintar.

Nak tukar password melalui Self Care Portal, sila ikuti langkah di bawah:

  • Login ke Self-Care di https://mobile.unifi.com.my/selfcare.
  • Klik pada tab ‘Profile’ Self Care.
  • Di bawah Personal Details, klik butang Edit.
  • Masukkan password baru anda sebanyak dua kali untuk mengesahkan dan klik Save. Untuk login seterusnya, anda akan menggunakan kata laluan baru ini.

Penutup

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini. Diharapkan penulisan ini dapat membantu memudahkan anda membuat rujukan jika keadaan memerlukan anda menukar password unifi pada masa akan datang.

Join Channel ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang dapat membantu anda membuat rujukan dan mendapat berita terkini dengan lebih pantas di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Permohonan BTR 2023

Kategori : Cara Tukar Password Unifi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *