CARA TEBUS STR

CARA TEBUS STR DI BSN (PENUNAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH) FASA 1 2023

Spread the love

CARA TEBUS STR

Bermula pada 17 Januari 2023, penerima bantuan tunai dari pihak kerajaan Malaysia akan terima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1 2023.

Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat kepada penerima yang mempunyai akaun bank. Manakala kepada yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh tebus bantuan tunai STR ini di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Anda ternanti-nanti untuk menyemak kemasukan bantuan ini ke dalam akaun anda? Banyak persoalan yang masih belum terjawab?

Bagaimanakah cara tebus str di bsn? Siapakah boleh buat penunaian Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2023?

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1 2023

Bermula pada 17 Januari 2023. Penunaian di BSN juga bermula pada tarikh tersebut.

CARA TEBUS STR DI BSN

CARA TEBUS STR DI BSN. BUAT PENUNAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023.

  1. Klik Portal Rasmi Semakan Status STR 2023 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No Mykad mySTR.
  3. Klik [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  6. Masukkan Kata Laluan.Guna kata laluan BKM.
  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna.
  9. Klik butang [Semakan] Pembayaran Fasa 1.
  10. Maklumat Status Pemohon dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan.Sila lihat di bahagian Status Kredit. Jika status menunjukkan Gagal Kredit, pemohon barulah boleh buat penunaian di BSN berdekatan.
  11. Lihat di bahagian Status Kredit.
  12. Paparan menunjukkan Gagal Kredit.
  13. Tebus STR anda di BSN.
  14. Bawa Kad Pengenalan Penerima untuk penunaian Sumbangan Tunai Rahmah.
  15. Selesai.

PENUNAIAN STR DI BSN

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Fasa 1 STR 2023 di BSN?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut :

  • Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima.
  • Kad pengenalan (asal) waris.
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.
BIL.HUBUNGAN WARISDOKUMEN PENGESAHAN PERTALIAN
1.Pasangana. Sijil Perkahwinan; ATAU
b. Sijil Lahir Anak
2.Ibu/BapaSijil Kelahiran penerima
3.AnakSijil Kelahiran Waris
4.Anak Angkata. Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU
b. Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tiada sijil angkat) iaitu:
i. Mahkamah; atau
ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
5.Anak Tiria. Sijil Lahir Waris (anak tiri); DAN
b. Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tir
6.Adik Beradika. Sijil Kelahiran Penerima; DAN
b. Sijil Kelahiran Waris
7.Cucua. Sijil Kelahiran Waris (Cucu); DAN
b. Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Waris

Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian :

  • Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau
    • Tempoh masa Surat Pengesahan:
      • Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau
      • Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
  • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
  • Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
  • Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU)

Penutup

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda melakukan semakan terhadap Sumbangan Tunai Rahmah. Kongsikan kepada kenalan dan keluarga yang masih belum tahu berkenaan berita ini.

Sila join channel rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat 2023 di sini untuk mendapatkan info awal dan pantas tentang Portal Rasmi BTR 2023. Join Channel Info Terkini BTR 2023 di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga info berkenaan : Cara Login STR

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *