Cara Semak Dividen KWSP

Cara Semak Dividen KWSP Melalui i-Akaun EPF

Spread the love

Cara Semak Dividen KWSP

Ramai yang pasti menunggu-nunggu pengumuman dividen dari KWSP terutamanya dalam tempoh mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Pengumuman Kadar Dividen untuk tahun 2022 diumumkan bagi tarikh tahun kewangan melibatkan cara kira agihan dividen tahun 2021. Berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun sebelumnya, Lembaga KWSP akan mengumumkan kadar untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 sekitar penghujung bulan Febuari atau awal bulan Mac 2022.

Menurut info terkini dari Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 ini, iaitu pada penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvesional serta 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM47.64 bilion.

Untuk membuat semakan, anda boleh membuat semakan secara online melalui i-Akaun:

1. Sila layari laman web KWSP di pautan ini www.kwsp.gov.my

2. Pada bahagian “Login” sila klik “i-AKAUN (MEMBER)

3. Anda perlu masukkan ID & Kata Laluan yang telah anda daftarkan

4. Klik “View Details” di bahagian menu “Dividend”

5. Maklumat berkenaan akan dipaparkan kepada anda

NOTA : Anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Akaun bagi akses yang lebih mudah dan pantas

APLIKASI i-Akaun

Cara Daftar i Akaun Ahli Kwsp Online 2022

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun. i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti :

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  2. Layari laman web www.kwsp.gov.my
    • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
    • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Diharap perkongsian kami kali ini dapat membantu anda menyemak dividen kwsp dengan lebih mudah. Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman dan bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Baca juga artikel berkenaan :Cara Download Slip Gaji PDF



Kategori : Cara Semak Dividen KWSP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *