CARA REBUS JAGUNG

Cara Rebus Jagung Supaya Sedap Berlemak

Spread the love

Cara Rebus Jagung

Jagung rebus adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya apabila dimakan pada waktu petang. Selalunya jagung rebus ini mudah didapati di kawasan berhampiran dengan pantai kerana ramai peniaga yang menjualnya sebagai salah satu makanan yang boleh dimakan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dengan angin pandai yang menderu-deru.

Keenakan jagung rebus terletak pada rasa manisnya yang semulajadi dan rasa berlemak pada jagung tersebut. Kebanyakan daripada kita boleh membuatnya sendiri samada menggunakan jagung yang ditanam sendiri mahupun yang dibeli. Caranya senang sahaja. Cuma perlukan beberapa perhatian dengan mengikuti tips untuk mendapatkan rasa yang sedap, manis dan berlemak seperti yang dijual di luar sana. Berikut kami kongsikan cara-cara merebus jagung supaya mendapat rasa sedap, manis dan berlemak yang mencukupi.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Jagung
2. Air (jumlah yang cukup untuk tenggelamkan jagung)
3. Secubit garam halus
4. Sedikit gula (untuk bagi jagung rasa manis)
5. Mentega
6. Serbuk Lada Putih

Cara Rebus Jagung

1. Pilih jagung yang segar dan buang kulit yang tua sahaja. Tinggalkan sedikit kulit muda untuk melindungi isi jagung.
2. Masuk air ke dalam periuk separas jagung. Biarkan mendidih dan baru masukkan jagung. Reneh 5-10 minit.
3. Masukkan sedikit gula ke semasa merebus jagung.
4. Selepas jagung masak, barulah masukkan secubit garam.
5. Sapu mentega pada jagung dan serbuk lada putih. Sedia untuk dimakan.

TIPS MEREBUS JAGUNG:

1. Pilih jagung yang elok dan segar

Pastikan jagung yang dibeli masih segar dan elok rupanya. Tengok pada daun untuk menentukan kesegarannya. Jagung yang segar boleh dilihat dari daunnya yang masih berwarna kehijauan dan bawah batangnya tidak berwarna coklat.

Jagung segar yang sudah dibeli jangan biarkan di luar. Terus simpan dalam peti ais selepas membelinya bagi memastikan jagung tersebut tetap manis secara semulajadi.

2. Buang kulit tua sahaja

Jangan buang kulit jagung sewaktu hendak direbus agar jagung kekal segar dan tak mudah mengecut. Kerat sahaja hujungnya dan pangkal jagung serta buang kulit yang tua sahaja. Jangan lupa tinggalkan sedikit kulit yang muda bagi melindungi isi jagung. Barulah hasilnya lebih empuk dan berlemak!

3. Rebus selepas air mendidih dengan tempoh masa yang sesuai

Masukkan air ke dalam periuk dan isikan lebih kurang separas dengan jagung. Kemudian biarkan mendidih dan baru masukkan jagung. Bila air dah mendidih semula, anda boleh kecilkan api dan rebus dalam keadaan api yang perlahan atau dalam keadaan reneh (simmering) lebih kurang 5-10 minit sudah mencukupi

4. Masukkan garam selepas jagung masak

Kalau tak nak isi jagung yang direbus menjadi keras, liat setelah sejuk jangan masukkan garam terlalu awal. Seeloknya masukkan garam selepas jagung dah masak. Guna garam halus.

5. Tambah gula dalam air rebusan

Semasa rebus jagung, tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap dan lebih manis.

6. Jangan rebus terlalu lama

Jangan rebus jagung terlalu lama. Apabila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika terlalu lama jagung direbus ia akan mengakibatkan jagung mengecut dan tidak rangup.

7. Sapu mentega dan serbuk lada putih

Selepas jagung masak, anda bolehlah sapukan mentega dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih agar rasanya lebih berlemak dan berbau wangi!

Penutup

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini. Diharapkan penulisan ini dapat membantu memudahkan anda membuat rujukan jika keadaan memerlukan anda untuk merebus jagung dengan cara yang betul dan sedap berlemak dimakan bersama kawan-kawan atau keluarga pada masa akan datang.

Join Channel ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang dapat membantu anda membuat rujukan dan mendapat berita terkini dengan lebih pantas di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Cara Tukar Password Unifi

Kategori : Cara Rebus Jagung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *